Saturday, May 4, 2013

Tengku Hassanal Ibrahim Shah ibni Tengku Abdullah Al-Haj

04 Mei 2013, Sabtu :-


Ini adalah potrait Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail bersama cucunda baginda yang bakal menjadi Sultan Pahang satu hari nanti iaitu Tengku Hasannal Ibrahim Shah. Gambar ini diambil pada tahun 1996. Tengku Hassanal merupakan putera kepada  Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar. Tengku Hassanal merupakan pewaris kedua tahta Negeri Pahang selepas paduka Ayahandanya dan merupakan putera kedua kepada Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang. 

Tengku Mahkota  Pahang dan Tengku Puan Pahang berkahwin pada 06 Mac 1986 di Istana Bukit Serene, Johor Baharu, Johor.    Pada 24 Julai 1990 pasangan diraja ini dikurniakan dengan seorang pewaris tahta tetapi malangnya putera yang lahir itu mangkat sewaktu diputerakan dan diberi nama Tengku Ahmad Iskandar Shah. Tengku Mahkota Pahang berkahwin dengan isteri kedua baginda, Cik Puan Julia Rais pada 1993 tetapi tidak dikurniakan dengan anak lelaki hanya anak-anak perempuan sahaja. Dengan kemangkatan putera Sulung pewaris tahta Pahang dan anak dari isteri kedua adalah perempuan telah memberi laluan kepada Tengku  Hassanal yang diputerakan pada 17 September 1995 untuk berada dikedudukan kedua dalam senarai pewaris tahta Negeri Pahang.

Sumber:  Saya Ialah Zul / kesultanan Johor / Kesultanan Pahang / Wikipedia/ The Royalark

No comments: