Sunday, June 30, 2013

Dua Persalinan Sempena Istiadat Persandingan Penganti Diraja Brunei-Kelantan

30 Jun 2013, Ahad :-


Sempena Majlis Istiadat Persandingan Diraja yang diadakan pada 28 Jun lepas, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Puteri telah tampil dengan dua persalinan iaitu tradisional dan moden pada malam berkenaan.  Kedua-dua Pengantin Diraja kelihatan anggun dengan busana yang digayakan pada Istiadat berkenaan yang berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan.


Selamat Menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan Yang ke-29 Tahun - Tunku Mahkota Johor


30 Jun 2013, Ahad :- 

Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan yang ke-29 tahun kepada Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim semuga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah hendaknya.  Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail  diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Baharu, Johor.

Sumber :- D Ramona

Tengku Jun Dimasukkan Ke Hospital



30 Jun 2013, Ahad :-

Pada 27 Jun 2013 bersamaan hari Khamis lepas, Tengku Khillah binti Tengku Yahya telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak kerana mengalami sedikit masalah kesihatan.  Tengku Khillah atau lebih dikenali dengan panggilan Tengku Jun mengadu tidak selesa akibat batuk dan terdapat kahak yang berkumpul tetapi beliau tidak boleh mengeluarkan kahak berkenaan. Menurut anakanda beliau, punca beliau tidak boleh mengeluarkan kahak sendiri atau meludah itu disebabkan penyakit Parkinson yang dialaminya. Sehingga hari ini beliau masih lagi berada dihospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.  Bonda kepada Tengku Khillah adalah Raja Khairul Kamariah binti Almarhum Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammasd Shah II (Marhum Habibullah), Sultan Perak ke-26.

Tengku Jun berkahwin dengan Allahyarham Raja Mohamad Iskandar Ibni Almarhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah (Marhum Kadasallah), Sultan Perak ke-30. Allahyarham Raja Mohamad Iskandar juga merupakan adinda kepada Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil-Allallahi Shah II (Marhum Affifullah), Sultan Perak ke-33.

Kepada anda yang mengenali beliau, anda boleh melawat beliau di Hospital Raja Perempuan Bainun di Ipoh, Perak. Anda boleh membuat pertanyaan kepada pihak hospital untuk mengetahui nombor bilik rawatan beliau.  Syah doakan agar Mak Engku cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik. Amin.

Sumber :- Raja Mariam / Ku Jannah

Selamat Menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan yang ke-30 tahun - Pengiran Muda Abdul Malik

30 Jun 2013, Ahad :- 

Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan yang ke-30 tahun kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah semuga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah hendaknya.  Pengiran Muda Abdul Malik merupakan putera ketiga kepada Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam daripada isteri pertama baginda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam. Pengiran Muda Abdul Malik diputerakan pada 30 Jun 1983 di Negara Brunei Darussalam dan masih lagi bujang.

Sumber :- Ahmad Borneo / Haji Wali

Saturday, June 29, 2013

Salah Seorang Kerabat Diraja Johor Dihukum Penjara

29 Jun 2013, Sabtu :-

Undang-undang tidak mengenal siapa kerana yang didapati bersalah tetap akan dihukum  dan itulah nasib yang menimpa salah seorang kerabat diraja Johor, Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah bin Tunku Qadir. Kosmo dalam laporannya hari ini memaklumkan Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah (28 tahun) bersama dua lagi rakannya Alex Foo Hee Wee (42 tahun) dan Mohd Arif Husin (36 tahun) dijatuhi hukuman penjara empat tahun bermula semalam oleh Mahkamah Seksyen Johor Baharu. Hakim Zamri Bakar telah menolak permohonan barisan peguam tertuduh untuk menanguhkan hukuman bagi memberi laluan kepada anak guam mereka untuk menunaikan ibadah puasa.

Dalam insiden yang berlaku pada 06 Mei 2012, ketiga-tiga tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Peninju Negara, Muhammad Farkhan Harun (25 tahun) diantara jam 04:30 hrs hingga 07:00 hrs di Taman Molek, Johor Baharu, Johor. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanu Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Muhammad Farkhan dikatakan menerima panggilan telefon daripada salah seorang suspek yang meminta beliau datang ke rumahnya.  Apabila sampai kerumah berkenaan Farkhan terus diserang sekumpulan enam orang menggunakan senjata seperti kayu dan besi.  Insiden ini menyebabkan beliau cedera parah dan tidak dapat beraksi dalam Sukan Olimpik London 2012.

Peristiwa ini menyebabkan Farkhan mengalami tekanan emosi ditambah lagi dengan pemergian ayah tersayang beberapa bulan selepas kejadian. Beliau juga memaklumkan bahawa beliau masih dalam keadaan fobia kerana tiga lagi yang terlibat dalam kes ini  masih lagi bebas.

Sumber:- Kosmo

Majlis Akad Nikah YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A'ishah Putri Berjalan Lancar

29 Jun 2013, Sabtu :-

Majlis Akad Nikah pengantin diraja diantara YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri berjalan lancar dengan penuh adat istiadat diraja Kelantan di Istana Mahkota, Kelantan pada hari Khamis malam Jumaat bersamaan 27 Jun 2013.  Turut berangkat dalam majlis ini adalah Mantan Al-Sultan Kelantan, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra ; Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis ; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.




Majlis dimulai dengan bacaan ayat suci Al-Quran diikuti dengan pemasangan dian (lilin) empat sebagai simbolik bermulanya Majlis Akad Nikah.  Akad Nikah disempurnakan oleh Imam Besar Masjid Sultan Ismail Petra.  YAM Pengiran Muda Abdul Qawi kemudiannya menandatangani sijil perkahwinan dengan disaksikan oleh para hadirin di majlis  berkenaan.  Akhir sekali bacaan doa berkumandang diudara menandakan majlis Akad Nikah telah disempurnakan.  Setelah sah bergelar suami kepada YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri, YAM Pengiran Muda Abdul Qawi telah memeluk dan mencium kedua ayahanda dan bondanya.  Majlis diteruskan dengan kedua-dua pengantin diraja berada dipelamin khas sebagai simbolik YAM Pengiran Muda Abdul Qawi menerima YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri sebagai isterinya. Akhir sekali para jemputan yang terdiri daripada keluarga diraja Brunei dan keluarga diraja Kelantan serta teman rapat keluarga diraja Kelantan menghadiri Majlis Santapan sempena meraikan kedua-dua penganti diraja.




Sumber : MBS/Pelita Brunei

Majlis Istiadat Bersanding Diraja YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri

29 Jun 2013, Sabtu :-

Malam tadi 28 Jun 2013 telah diadakan Majlis Istiadat Bersanding Diraja sempena perkahwinan diantara YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri yang berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan. Gambar diatas menampilkan pengantin diraja dengan pakaian tradisional Melayu dan gambar dibawah pula menampilkan pasangan pengantin Diraja dengan pakaian ala barat. 

Kelihatan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri bersama Ayahanda dan Bonda Pengiran Muda Abdul Qawi, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien menyempurnakan Istiadat Suap Semangat dalam Majlis Istiadat Persandingan Diraja malam tadi.

Sumber :- Kerabat Diraja Kelantan

DYMM Sultan Ismail Gembira Diperkahwinan Puteri Tunggalnya



29 Jun 2013, Sabtu :-

Semua lelaki yang bergelar Ayah akan bergembira apabila anak perempuannya disunting orang dan hidup sebagai isteri kepada lelaki yang dilihat dapat membahagiakan serta membimbing anak perempuan kita dunia dan akhirat mentelah lagi jika itu sahaja satu-satunya anak perempuan kita.  Begitulah perasaan gembira yang dapat dilihat dari raut wajah Mantan Al-Sultan Kelantan, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dihari Akad Nikah puteri tunggal baginda iaitu YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri.  


Kelihatan baginda duduk diatas kerusi roda sambil tersenyum semasa sesi photography bersama besan baginda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan keluarga diraja dari Brunei Darussalam selepas Majlis Istiadat Akad Nikah  YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi pada 27 Jun 2013.


Kegembiraan juga terpancar diwajah Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis sewaktu Majlis  Akad Nikah yang diadakan di Istana Mahkota.  Kelihatan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis bersama besannya Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

Sumber : Kerabat Diraja Kelantan

Sekitar Majlis Akad Nikah Pengiran Muda Abdul Qawi dan Tengku Amalin A'ishah Puteri

29 Jun 2013, Sabtu :-

Syah hendak kongsi bersama anda beberapa gambar semasa Majlis Akad Nikah diantara YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri yang berlangsung pada malam Jumaat 27 Jun 2013 di Istana Mahkota,  Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan.


Selepas Majlis Akad Nikah kedua-dua pengantin diraja ini kelihatan begitu ceria dan gembira kerana telah sah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Semuga hubungan suami isteri kalian kekal abadi hingga ke akhir hayat masing-masing dan dikurniakan dengan anak-anak yang soleh. Amin.


Sempoi ............. Pasangan pengantin Diraja berkaraoke sebagai cenderahati untuk dipersembahkan kepada para tetamu di Majlis Akad Nikah mereka.


Disinilah lafaz Akad Nikah dijalankan yang menyaksikan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri sah menjadi milik peribadi YAM Pengiran Muda Abdul Qawi.





Aksi manja seorang isteri kepada suaminya diatas pelamin


Cenderahati untuk para tetamu yang menghadiri Majlis Akad Nikah YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri.  Dalam kotak khas ini diletakkan surah Yasin.




Susun atur meja makan utama yang digunakan untuk jamuan makan selepas Majlis Akad Nikah manakala meja dihadapan adalah untuk para tetamu jemputan khas yang menghadiri majlis ini.

Sumber :- Kerabat DirajaKelantan / Danny / Ramona

Friday, June 28, 2013

Gambar Perkahwinan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri


28 Jun 2013, Jumaat :- 

Ibarat perumpamaan orang Melayu "Bagai Pinang Dibelah Dua" inilah yang dapat digambarkan kepada pasangan Pengantin Baru Diraja ini kerana kedua-duanya sepadan dari segi rupa dan pendidikan. Gambar Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah bersama isteri, Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Puteri binti Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra. Gambar ini diambil malam tadi selepas Majlis Istiadat Akad Nikah yang berlangsung di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan.

Sumber :- Danny

Gambar YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri Sewaktu Istiadat Akad Nikah

28 Jun 2013, Jumaat :-


Syah ingin berkongsi gambar YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri sewaktu Istiadat Akad Nikah yang berlangsung di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan.  Maaf kerana kualiti gambar kurang memuaskan dan ini sahaja yang Syah ada untuk dikongsi bersama anda.

Sumber :- Danny

Thursday, June 27, 2013

Pengiran Muda Abdul Qawi Sah Menjadi Suami Tengku Amalin A'ishah Puteri



27 Jun 2013, Khamis :-

Shukur Alhamdulillah, Malam ini Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah telah sah menjadi suami kepada Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Puteri binti Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra. Majlis akad nikah berlangsung di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan.  Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasangan Pengantin Diraja ini semuga jodoh kalian berpanjangan hingga akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang solleh.  Amin.

Kelihatan Pengiran Muda Abdul Qawi bersama Pengiran Mahmud sebelum berangkat ke Istana Mahkota untuk Istiadat Akad Nikah.  Pengiran Mahmud merupakan juru hias diraja dimana beliau merupakan orang yang bertanggung jawab dalam menguruskan persalinan pengantin diraja lelaki. Manakala gambar dibawah kedua Pengantin Diraja bergambar bersama bonda masing-masing dan Datin Seri Rosmah Mansor selepas Istiadat Akad Nikah berlangsung.


Sumber :-Danny

Pengiran Muda Abdul Qawi dan Tengku Amalin A'ishah Puteri

27 Jun 2013, Khamis :-

Inilah dia bakal Pengantin Diraja yang akan mengeratkan lagi perhubungan diantara Negara Brunei Darussalam dan Negeri Kelantan Darul Naim. Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Puteri binti Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra  akan diijab kabulkan di kediaman rasmi bekas Al-Sultan Kelantan, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan  pada malam ini selepas Solat Insyak.

Pengiran Muda Abdul Qawi berusia 39 tahun dilahirkan pada 27 Januari 1974 manakala Tengku Amalin A'ishah Puteri berusia 29 tahun diputerikan pada 26 Jun 1984.  Syah doakan agar Istiadat Akad Nikah yang akan berlangsung pada malam ini berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-232


27 Jun 2013, Khamis :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali ke-232 bertempat di Istana Negara.  Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu hari ini telah  dipengerusikan oleh Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.  Mesyuarat Majlis Raja-Raja ini bermula semalam 26 Jun 2013.


Mesyuarat hari kedua ini telah dihadiri oleh semua Raja-Raja Melayu kecuali Sultan Kedah diwakili oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Sultan Perak diwakili oleh Pemangku Raja Perak dan Sultan Pahang diwakili oleh Tengku Mahkota Pahang. Turut serta dalam mesyuarat hari ini adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Raja-Raja Melayu telah diiringi oleh Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri diwakili oleh Ketua Menteri masing-masing kecuali Sarawak diwakili oleh Timbalan Ketua Menterinya, Tan Sri Alfred Jabu.

Sumber :- Bernama

Wednesday, June 26, 2013

Pengiran Anak Puteri Hajah Masna Berangkat ke Kota Baharu,Kelantan

26 Jun 2013, Rabu :-

Petang tadi lebih kurang jam 15:00hrs Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan rombongan telah berangkat ke Kota Baharu, Kelantan untuk menghadiri Majlis Perkahwinan anakanda saudara beliau iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi.  YAM Pengiran Muda Abdul Qawi akan diijab kabulkan dengan YAM  Tengku Amalin A'ishah Puteri esok 27 Jun 2013 di Istana Mahkota, Kota Baharu, Kelantan.

Sumber :- Danny

Majlis Persandingan Tengku Amalin Di Brunei

26 Jun 2013, Rabu :-

Syah hendak update anda semua berhubung perkahwinan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi. Majlis Resepsi di Brunei Darussalam akan diadakan pada 28 Sya'aban 1434H bersamaan hari Sabtu 06 Julai 2013 pada jam 19:00hrs.

Sumber :- Ahmad

Bakal Suami Tengku Amalin dan Keluarga Kini Berada Di Kelantan

Kelihatan Bakal Pengantin Diraja Lelaki sedang memperkatakan sesuatu  kepada kedua Ayahanda dan Bondanya sebelum mereka berlepas ke Kota Baharu,Kelantan.


26 Jun 2013, Rabu :-

Sempena perkahwinan Diraja diantara YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi yang dijadualkan berlangsung dalam minggu ini, keluarga Diraja Brunei kini telah berada di Kota Baharu, Kelantan.  Rombongan dari Brunei telah bertolak ke Kota Baharu pada Isnin lepas bersamaan 24 Jun diketuai oleh Ayahanda pengantin lelaki iaitu Duli  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan bondanya Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam. Rombongan dari Brunei menginap di Hotel Renaissance dan Hotel Perdana di Kota Baharu, Kelantan.


Majlis Pertunangan Penganti Diraja telah diadakan pada April lepas dengan penuh adat istiadat diraja di Istana Negeri dengan berbalas hantaran 11 dulang dipihak lelaki dan 13 dulang dipihak perempuan.  Majlis Akad Nikah dijadualkan berlangsung esok 27 Jun 2013 di Istana Negeri manakala Majlis Resepsi akan berlangsung di Hotel Renaissance pada 28 Jun 2013.  YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri merupakan Puteri Tunggal Bongsu daripada tiga saudara lelaki termasuk Al-Sultan Kelantan, KDYMM Sulttan Muhammad ke-V yang merupakan anakanda  kepada Bekas Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail ibni Almarhum Sutan Yahya Petra dan YMM Raja Perempuan Tengku Anis. YAM Pengiran Muda Abdul Qawi pula merupakan Putera Sulong dalam keluarganya.

Sumber :- Kerabat Diraja Kelantan / Borneo Bulletin.

Tuesday, June 25, 2013

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Hadiri Istiadat Pembukaan Parlimen Ke-13


25 Jun 2013, Selasa :- 

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur. Turut mengiringi Tuanku Abdul Halim adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun.  Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda  berdua pada jam 10:00hrs disambut oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pendikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang. Baginda berdua kemudiannya diiringi masuk ke Dewan Banquet untuk menerima sembah "Hormat Diraja" daripada 103 pegawai dan anggota Batalion Pertama RAMD Kem Sungai Besi.

Terdapat sedikit kelainan dalam majlis kali ini dimana buat pertama kalinya majlis perbarisan kawalan kehormat berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen dan bukannya Dataran Parlimen seperti kebiasanya akibat daripada keadaan cuaca berjerubu yang melanda negara kita baru-baru ini. Pada jam 10:50hrs loceng istiadat dibunyikan sebelum Seri Paduka Baginda berdua memasuki Dewan Rakyat untuk acara perasmian. 

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung mulai 16 hingga 18 Julai 2013 manakala sidang Dewan Negara bermula 22 Julai hingga 01 Ogos 2013.

Sumber :- Bernama

Tuanku Hajah Haminah Hadiri Pertunjukan IFF


25 Jun 2013, Selasa :-

Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan mencemar duli menghadiri Pertunjukan Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.  Turut serta mengiringi Tuanku Hajah Haminah adalah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah dan Pengasas yang juga merupakan Pengerusi Islamic Fashion Festival Datuk Seri Raja Rezza Shah atau Shah Reza.

Sumber :- Bernama

Monday, June 24, 2013

Istiadat Membuka Naubat Di Brunei

24 Jun 2013, Isnin :-

Petang semalam telah diadakan Istiadat Membuka Naubat setelah ianya ditutup selama 14 hari mengikut adat istiadat diraja Brunei Darussalam berikutan kemangkatan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Datin Setia Hajah Saerah binti Almarhum Pengiran Bendahara Pengiran Muda Haji Hashim pada 09 Jun 2013 lepas.  Istiadat diadakan di Lapau dihadapan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

Bacaan tahlil diketuai oleh Begawan Pehin Khatib Awang Haji Ahmad bin Abdul Razak manakala bacaan doa selamat dan Solat Maghrib dipimpin oleh Timbalan Mufti Kerajaan, Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Awang Haji Suhaili bin Haji Mohiddin. Turut serta dalam majlis ini adalah adalah Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-Timbalan Menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin-Pehin dan para jemputan lainnya.

Sumber :- Infofoto / Peita Brunei

Sunday, June 23, 2013

Sultan Brunei Menerima Mengadap Robert Dominic Russell Fenn

23 Jun 2013, Ahad:-

Petang semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom dan Northern Ireland ke Negara Brunei Darussalam, Robert Dominic Russell Fenn yang akan menamatkan perkhidmatannya ke Negara Brunei Darussalam. Beliau memulakan tugasnya di Brunei Darussalam mulai 06 Ogos 2009. Majlis mengadap diadakan di Istana Nurul Iman.

Sumber :- Pelita Brunei

Sultan Pahang Hadiri Majlis Perkahwinan Wan Shahinur Izmir


23 Jun 2013, Ahad :- 

Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Shah telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan anak kedua Datuk Seri Sharizat Abd Jalil,  Wan Shahinur Izmir Datuk Seri Mohd Salleh dan pasangannya Ramiliya Gabdulla Ikhsan. Turut serta dalam majlis ini adalah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Puan Seri Norainee Abd Rahman.

Sumber :- Bernama

Mak Long Zainab Kembali Kerahmatullah


23 Jun 2013, Isnin :-

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ).  Dukacita dimaklumkan bahawa jenazah kekanda kepada Bonda Tiri Syah, Mak Long Zainab telah dijumpai petang semalam lebih kurang jam 17:00hrs berhampiran sungai di kawasan Bagan Nira, Sabak, Bernam, Selangor.  Allahyarhamah Mak Long didapati hilang semenjak Isnin, 16 Jun lepas selepas pergi kekebunnya.  Allahyarhamah berusia lingkungan 84 tahun masih cergas dan sihat untuk berkebun yang menjadi aktiviti harian Allahyarhamah cuma Allahyarhamah menghadapi sedikit masalah pendengaran kerana faktor usianya. Semenjak kehilangannya, usaha mencari telah dijalankan oleh saudara mara dan pihak berkuasa.  Lokasi mayat dijumpai agak jauh sedikit dari kawasan kebunnya.  Postmortem akan dijalankan hari ini di Hospital Tengku Ampuan Jemaah di Sabak Bernam  dan selepas itu baru jenazah Allahyarhamah Mak Long Zainab akan disempurnakan.

Kali terakhir Syah berjumpa Allahyarhamah Mak Long Zainab adalah pada sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012 dan Hari Raya tahun ini nampak gayanya tak dapatlah Syah berjumpa lagi dengan Allahyarhamah Mak Long Zainab.  Allahyarhamah Mak Long Zainab bagi Syah seorang yang cantik walaupun telah  berusia dan Allahyarhamah kelihatan sihat dan bertenaga cuma mengalami sedikit masalah pendengaran. Suami Allahyarhamah Mak Long Zainab telah lama meninggal dunia dan beliau duduk seorang di rumah tetapi semenjak beberapa tahun kebelakangan ini salah seorang anak perempuan berserta suaminya tinggal bersama Allahyarhamah Mak Long Zainab.  Satu perkara yang Syah suka apabila kerumah Allahyarhamah Mak Long Zainab adalah menikmati keindahan bentuk rumah kayu tradisionalnya yang cantik dan diperbuat daripada kayu bermutu tinggi.

Marilah kita  bersama-sama sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Mak Long Zainab :-


Semuga Roh Allahyarhamah Mak Long Zainab Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh, Amin.  Ucapan Takziah dari Syah dan keluarga kepada Keluarga Allahyarhamah Mak Long Zainab diatas kemangkatan ini. Semuga kalian tabah menghadapi dugaan ini.

Saturday, June 22, 2013

Tuanku Abdul Halim Melawat Floria Putrajaya 2013

22 Jun 2013, Sabtu :-

Hari ini ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencamar duli melawat dan merasmikan Festival Bunga dan Taman Putrajaya atau Floria Putrajaya 2013. Orkid Khazanah Tropika telah dipilih sebagai tema festival pada kali ini. Dalam festival ini, sebanyak 400,000 pokok bunga dan tumbuhan-tumbuhan pelbagai spesies dipamirkan dalam pelbagai bentuk taman dan gubahan termasuk 5,000 pokok bunga orkid dari lebih 200 spesies seperti kultivar dan hibrid orkid.  Festival kali keenam ini diadakan di Persiaran Tasik, Presint 2 bermula hari ini sehingga 30 Jun 2013.  Turut mengiringi baginda adalah Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat. Kepada yang berminat bolehlah berkunjung ke festival ini bersama keluarga, kawan-kawan atau orang tersayang.

Sumber :- Bernama

Friday, June 21, 2013

Raja Azmi Akan Menamatkan Zaman Solonya

21 Jun 2013, Jumaat :-

Shukur Alhamdulillah bila mendengar khabar Raja Azmi Raja Sulaiman akan menamatkan hidup "solo"nya dengan bekas pemain bass kumpulan rock era 80an, Kumpulan CRK iaitu Mohd Eddie Ghazali. Eddie berusia 45 tahun merupakan seorang duda anak dua. Mereka dikenalkan lima bulan yang lalu oleh anak saudara Eddie yang merupakan seorang jurulatih gimnasium yang selalu dikunjungi oleh Raja Azmi di Kota Damansara. Pada awalnya mereka hanya berkawan biasa, walau bagaimanapun lama-kelama ada keserasian diantara mereka dan perhubungan ini telah direstui oleh keluarga kedua belah pihak terutamanya anak-anak mereka. Sehubungan dengan itu kedua-duanya telah mengambil keputusan untuk bertunang pada 15 Julai depan dan berkahwin selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 15 September 2013.

Raja Azmi yang berusia 54 tahun dan merupakan ibu kepada tiga orang cahayamata serta nenek kepada dua orang cucu mahu mengadakan kenduri kahwin mengikut adat Melayu walaupun mereka sudah berusia. Kerabat Diraja Perak ini bercerai dengan bekas suaminya yang merupakan jaguh badminton negara, Jailani Sidek pada 27 Jun 2012 setelah 28 tahun hidup bersama. Hasil daripada perkahwinan ini mereka dikurniakan dengan dua orang anak perempuan dan seorang lelaki iaitu Puteri Suraya (28 tahun), Puteri Suaida (24 tahun) dan Megat Deli (19 tahun). Manakala Eddie pula merupakan seorang duda yang kematian isteri dengan dua orang anak lelaki.

Syah mendokan agar Raja Azmi dan Eddie dipanjangkan jodoh hingga kejinjang pelamin dan dapat melayari bahtera berumah tangga hingga akhir hayat masing-masing. Amin. Inilah yang dikatakan Jodoh, Ajal, Maut dan Pertemuan ditentukan oleh Allah.  Hanya DIA sahaja yang tahu apa yang terbaik buat kita semua.

Sumber :- Metro / dll

Sultan Pahang Lancarkan Buku Tenun Pahang Diraja

21 Jun 2013, Jumaat :-

Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Shah telah berkenan melancarkan buku Tenun Pahang Diraja dalam satu majlis Malam Tenun Pahang Diraja yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.  Turut serta mengiringi Tuanku Ahmad Shah adalah Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billh dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar.  Tengku Puan Pahang merupakan Pengasas kepada Tenun Pahang Diraja.  Buku yang berharga RM350.00 senaskah ini didatangkan dengan 194 muka surat yang bertemakan warisan, tradisi dan falsafah tenun Pahang.

Sumber :- Bernama

Thursday, June 20, 2013

Raja Najibuddin Almarhum Raja Muda Ahmed Sifuddin Mangkat

20 Jun 2013, Khamis :-

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Raja Najibuddin Almarhum Raja Muda Ahmed Sifuddin yang telah mangkat semalam 19 Jun 2013.  Allahyarham yang merupakan anakanda kepada Bekas Raja Muda Perak, Almarhum Raja Muda Ahmed Sifuddin ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah mangkat secara mengejut tengahari semalam lebih kurang jam 13:00hrs dan jenazah Allahyarham telah dikebumikan pagi tadi di Makam Diraja A-Ghufran, Bukit Chandan di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Bonda Allahyarham adalah Almarhumah Raja Puan Besar Nor Izan binti Raja Abdul Rashid. Allahyarham Raja Najibuddin atau lebih dikenali sebagai Ku Jid mengidap kencing manis dan pernah menjalani pembedahan dimana kaki kiri Allahyarham telah dipotong daripada paras bawah lutut. Allahyarham seorang yang tenang dan menerima takdir Allah dengan hati yang terbuka dan selalu berkata "Awak redho".

Gambar ini diambil selepas Allahyarham menjalani pembedahan kaki kiri Allahyarham.  Al-Fatihah .......  Semuga roh Allahyarham Raja Najibuddin Almarhum Raja Muda Ahmed Sifuddin ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.

Sumber :- Raja Putra Shah / Raja Mariam

Wednesday, June 19, 2013

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Hadiri Majlis Makan Malam Menjunjung Kasih MSU


19 Jun 2013, Rabu :-

Malam ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Makan Malam Menjunjung Kasih Universiti Pengurusan dan Sains atau MSU di Shah Alam, Selangor. Majlis makan malam ini diadakan sempena Majlis Perasmian Kampus Universiti Pengurusan dan Sains oleh Tuanku Abdul Halim semalam. Para hadirin yang beradadi Dewan Canselor ini turut dihiburkan oleh persembahan daripada Okestra MSU.  Turut hadir dalam majlis ini adalah Pengerusi MSU, Prof Datuk Mohd Shukri Ab Yajid dan Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Sumber :- Bernama

Yang Mulia Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor Hadiri Majlis Perbarisan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat


19 Jun 2013, Rabu :-

Hari ini Panglima Tentera Darat, Yang Mulia Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor telah menghadiri Majlis Perbarisan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat yang diadakan di Dataran Panglima Tentera Darat di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.  Kelihatan Yang Mulia Datuk sedang  beramah mesra bersama pegawai-pegawai kanan Tentera Darat selepas majlis berkenaan. 

Yang Mulia Datuk dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-25 berkuat kuasa mulai 15 Jun 2013 menggantikan Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin yang dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Sebelum ini Yang Mulia Datuk yang berasal dari Terengganu merupakan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia.

Sumber :- Bernama

Tuesday, June 18, 2013

Tuanku Abdul Halim Rasmikan Kampus MSU


18 Jun 2013, Selasa :-

Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli berangkat merasmikan Kampus Universiti Pengurusan dan Sains (MSU - Management and Science University) di Dewan Canselor MSU, Shah Alam, Selangor.  Kampus bernilai RM600 juta ini dibangunkan menerusi tiga fasa. Fasa pertama siap pada 2010 melibatkan tiga blok utama iaitu Dewan Canselor, menara akademik dan menara sains.  Fasa kedua siap pada Januari 2012,  meliputi bahagian pengurusan dan pentadbiran manakala fasa ketiga melibatkan pembinaan hospital dan kemudahan penginapan pelajar dijadualkan siap pada akhir 2015.

MSU pada asalnya merupakan Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Latihan (PTPL) yang ditubuhkan pada 1981 dan kemudiannya telah pesat berkembang kepada 10 cawangan.  PTPL kemudiannya dikenali sebagai Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia (KUTPM) pada tahun 2001 dan merupakan kolej universiti swasta pertama di tubuhkan di Malaysia. Pada tahun 2007, KUPTM telah dinaik taraf menjadi Universiti dengan nama Management and Science University. 

Turut serta dalam majlis ini adalah Canselor MSU, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung, Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun ; Pengerusi MSU, Prof Datuk Mohd Shukri Ab Yajid dan Pro Canselor MSU, Tan Sri Wan Mohd zahid Mohd Noordin. Pada malam esok pula akan diadakan Konsert  Menjunjung Kasih Sempena Majlis Pelancaran MSU yang dipersembahkan oleh Okestra MSU bertempat di Dewan Canselor MSU.

Sumber :- Bernama /MSU

Monday, June 17, 2013

Majlis Perjumpaan Keluarga Raja Billah

17 Jun 2013, Isnin :-


Pada 16 Jun 2013 ahli keluarga keturunan Raja Bilah Raja Tedung Berani @ Abdul Razak Naimas telah mengadakan majlis perjumpaan keluarga bertempat di Rumah Besar Raja Bilah di Papan, Pusing berhampiran Batu Gajah, Perak.  Raja Bilah merupakan salah seorang pemimpin Mandaling yang terkenal dan aktif dalam bidang perlombongan bijih timah dan dilantik sebagai Penghulu Papan pada tahun 1882. Rumah Besar Raja Billah merupakan pusat pentadbiran kawasan Papan dalam zaman berkenaan dan rumah tetamu yang dibina pada 1896 bersebelahan kediaman Raja Billah dikenali sebagai Rumah Asal.  Rumah Asal ini terkenal sebagai lokasi perfileman bukan sahaja bagi industri tempatan malah antarabangsa dimana iannya pernah digunakan untuk filem "Anna and The King" dan "Beyond Rangoon".

Sumber :- Bernama