Thursday, June 27, 2013

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-232


27 Jun 2013, Khamis :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali ke-232 bertempat di Istana Negara.  Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu hari ini telah  dipengerusikan oleh Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.  Mesyuarat Majlis Raja-Raja ini bermula semalam 26 Jun 2013.


Mesyuarat hari kedua ini telah dihadiri oleh semua Raja-Raja Melayu kecuali Sultan Kedah diwakili oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Sultan Perak diwakili oleh Pemangku Raja Perak dan Sultan Pahang diwakili oleh Tengku Mahkota Pahang. Turut serta dalam mesyuarat hari ini adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Raja-Raja Melayu telah diiringi oleh Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri diwakili oleh Ketua Menteri masing-masing kecuali Sarawak diwakili oleh Timbalan Ketua Menterinya, Tan Sri Alfred Jabu.

Sumber :- Bernama

No comments: