Thursday, June 27, 2013

Pengiran Muda Abdul Qawi dan Tengku Amalin A'ishah Puteri

27 Jun 2013, Khamis :-

Inilah dia bakal Pengantin Diraja yang akan mengeratkan lagi perhubungan diantara Negara Brunei Darussalam dan Negeri Kelantan Darul Naim. Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Puteri binti Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra  akan diijab kabulkan di kediaman rasmi bekas Al-Sultan Kelantan, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan  pada malam ini selepas Solat Insyak.

Pengiran Muda Abdul Qawi berusia 39 tahun dilahirkan pada 27 Januari 1974 manakala Tengku Amalin A'ishah Puteri berusia 29 tahun diputerikan pada 26 Jun 1984.  Syah doakan agar Istiadat Akad Nikah yang akan berlangsung pada malam ini berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan.

1 comment:

bapa said...

Selamat Pengantin Baru
Semoga Berkekalan Hingga ka anak cucu... Amiin

Ikatan pernikahan bukan saja untuk dunia tetapi juga untuk akhirat.