Friday, June 14, 2013

Sultan Selangor Ziarahi Makam Diraja Kota Melawati

14 Jun 2013, Jumaat :-

Baru-baru ini Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenaan menziarahi Makam Diraja Kota Melawati di Bukit Malawati, Kuala Selangor, Selangor.  Didalam makam ini terdapat tiga orang Sultan Selangor dimakamkan iaitu Sultan Selangor Pertama, Almarhum Sultan Salahuddin Shah (Raja Lumu) yang memerintah pada 1745 hingga 1778 ; Sultan Selangor Kedua, Almarhum Sultan Ibrahim Shah yang memerintah pada 1778 hingga 1826 dan Makam Sultan Selangor Ketiga, Almarhum Sultan Muhammad Shah yang memerintah pada 1826 hinggan 1857. Turut serta mengiringi baginda adalah Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ; Exco Hal Ehwal Islam, Sallehen Mukhyi dan kerabat diraja Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj merupakan Sultan Selangor ke-9 menaiki tahta sebagai Sultan Selangor pada 21 November  2001 dan memerintah hingga sekarang.

Sumber :- Selangor Kini

No comments: