Sunday, June 30, 2013

Tengku Jun Dimasukkan Ke Hospital



30 Jun 2013, Ahad :-

Pada 27 Jun 2013 bersamaan hari Khamis lepas, Tengku Khillah binti Tengku Yahya telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak kerana mengalami sedikit masalah kesihatan.  Tengku Khillah atau lebih dikenali dengan panggilan Tengku Jun mengadu tidak selesa akibat batuk dan terdapat kahak yang berkumpul tetapi beliau tidak boleh mengeluarkan kahak berkenaan. Menurut anakanda beliau, punca beliau tidak boleh mengeluarkan kahak sendiri atau meludah itu disebabkan penyakit Parkinson yang dialaminya. Sehingga hari ini beliau masih lagi berada dihospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.  Bonda kepada Tengku Khillah adalah Raja Khairul Kamariah binti Almarhum Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammasd Shah II (Marhum Habibullah), Sultan Perak ke-26.

Tengku Jun berkahwin dengan Allahyarham Raja Mohamad Iskandar Ibni Almarhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah (Marhum Kadasallah), Sultan Perak ke-30. Allahyarham Raja Mohamad Iskandar juga merupakan adinda kepada Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil-Allallahi Shah II (Marhum Affifullah), Sultan Perak ke-33.

Kepada anda yang mengenali beliau, anda boleh melawat beliau di Hospital Raja Perempuan Bainun di Ipoh, Perak. Anda boleh membuat pertanyaan kepada pihak hospital untuk mengetahui nombor bilik rawatan beliau.  Syah doakan agar Mak Engku cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik. Amin.

Sumber :- Raja Mariam / Ku Jannah

No comments: