Wednesday, June 5, 2013

Tuanku Syed Sirajuddin Rasmikan Seminar Institusi Raja

05 Jun 2013, Rabu :-

Hari ini Raja Negeri Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan merasmikan Seminar Institusi Raja yang berlangsung di Lanai Kijang, Bank Negara, Kuala Lumpur. Seminar ini dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis atau UniMAP. Turut serta dalam majlis  ini adalah Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.

Seminar ini merupakan satu usaha untuk memertabat dan melestarikan Institusi Raja di negara kita. Sehubungn dengan itu, UniMAP telah menganjurkan seminar yang berteraskan kepada menghayati peranan Raja dalam Sistem Raja Berpelembagaan disamping berkongsi corak pemerintahan beraja di negara-negara jiran yang turut mempunyai institusi yang sama.

Diantara objektif seminar adalah untuk :-

  • Menghayati peranan Institusi Raja dalam Sistem Pemerintahan di Malaysia dan Antarabangsa
  • Memperkasakan Institusi Raja dalam memartabatkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam berdaulat
  • Menzahirkan ketaatan rakyat Malaysia kepada Raja-Raja Malaysia melalui perkongsian ilmiah dalam pelbagai sudut kehidupan seharian antara Rakyat dan Raja
  • Memartabatkan dan membawa Institusi Raja ke abad baru dengan memperkasakan Sistem Raja Berpelembagaan yang seiring dengan pencapaian dan iltizam kerajaan serta rakyat

Sumber :- Bernama / SiRaj 

No comments: