Tuesday, June 25, 2013

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Hadiri Istiadat Pembukaan Parlimen Ke-13


25 Jun 2013, Selasa :- 

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur. Turut mengiringi Tuanku Abdul Halim adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun.  Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda  berdua pada jam 10:00hrs disambut oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pendikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang. Baginda berdua kemudiannya diiringi masuk ke Dewan Banquet untuk menerima sembah "Hormat Diraja" daripada 103 pegawai dan anggota Batalion Pertama RAMD Kem Sungai Besi.

Terdapat sedikit kelainan dalam majlis kali ini dimana buat pertama kalinya majlis perbarisan kawalan kehormat berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen dan bukannya Dataran Parlimen seperti kebiasanya akibat daripada keadaan cuaca berjerubu yang melanda negara kita baru-baru ini. Pada jam 10:50hrs loceng istiadat dibunyikan sebelum Seri Paduka Baginda berdua memasuki Dewan Rakyat untuk acara perasmian. 

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung mulai 16 hingga 18 Julai 2013 manakala sidang Dewan Negara bermula 22 Julai hingga 01 Ogos 2013.

Sumber :- Bernama

No comments: