Thursday, July 18, 2013

Pengiran Muda 'Abdul Malik Hadiri Majlis Talil Di Makam Diraja

18 Julai 2013, Khamis :-

Petang semalam anakanda Sultan Brunei, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah berkenan berangkat menghadiri Majlis Tahlil yang diadakan di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Bandar Seri Bagawan.  Keberangkatan tiba Pengiran Muda 'Abdul Malik yang juga merupakan  Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ke Makam Diraja disambut oleh Menteri Pendidikan Pehin Orang Kaya Seri Kema Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang juga merupakan Menteri Kewangan  II di Jabatan Perdana Menteri, Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahmanbin Haji Ibrahim.

Majlis Tahlil ini adalah untuk Al-Marhum Sultan Brunei, Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.  Turut serta dalam majlis ini adalah lebih 50 orang  Ahli-ahli Jemaah Tadbir dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Yayasan, pegawai-pegawai dan kakitangan serta guru-guru Sekolah Yayasan serta sebahagian penduduk Rancangan Perumahan Kampung Bolkiah ‘A’ dan ‘B’.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Pelitabrunei

No comments: