Sunday, July 7, 2013

YMM Raja Perempuan Tengku Anis Melawat Kampung Air


07 Julai 2013, Ahad :- Sempena Istiadat Bersanding Diraja diantara YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri, keluarga diraja Kelantan telah berada di Negara Brunei Darussalam untuk menghadiri istiadat berkenaan.  Semalam Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Al-Marhum Tengku Abdul Hamid dan rombongan diraja Kelantan telah dibawa berangkat menyusur Sungai Brunei, melawat Galeri Pelancongan dan Kebudayaan Kampung Ayer serta singgah ke rumah Ketua Kampung Lorong Sikuna. 

Turut serta dalam lawatan ini adalah besan kepada YMM Raja Perempuan Tengku Anis,  Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien. 

Keberangkatan tiba YMM Raja Perempuan Tengku Anis di Jeti Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan disambut oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman ; Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. 

Rombongan diraja telah diberi taklimat mengenai pameran yang diadakan di  Galeri Pelancongan dan Kebudayaan Kampung Ayer. Galeri ini mempamerkan kegemilangan Kampung Ayer di masa silam sebagai pusat kerajaan dan pentadbiran negara, pusat perdagangan, kebudayaan dan kemahiran pertukangan tangan orang-orang Brunei 

Sumber :- Pelitabrunei/ Jabatan Penerangan Brunei

No comments: