Wednesday, August 14, 2013

Sultan Brunei Namakan Cucunda Baginda


14 Ogos 2013, Rabu :-


Salam dan Selamat hari Raya semua.  Syah masih dikampung bercuti dan hanya sempat updat satu entry sahaja buat masa ini.  Jika ada kesempatan dan kelapangan Syah akan update blog lagi.  Insyallah minggu hadapan tengkusyah.blogspot.com akan dikemaskini seperti biasa. 

Inilah dia cucunda baru KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha yang diputerakan pada 03 Ogos 2013 bersamaan 25 Ramadhan 1434 jam 02:45hrs waktu Brunei. Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenaan mengurniakan nama kepada cucunda baginda dengan nama Yang Amat Muia Pengiran Anak Muhammad Za'eem bin Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini. Kenyataan rasmi berhubung perkara ini telah dikeluarkan pada 06 Ogos 2013 oleh YAM Pengiran Pengawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Haji Abu Bakar, Grand Chamberlian.

Dalam kenyataan ini juga memaklumkan bahawa DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha  serta kerabat diraja mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menguruskan proses bersalin Yang Teramat Mulia paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Sumber :- Pelita Brunei

No comments: