Tuesday, August 6, 2013

Tuanku Abdul Halim Dipersembahkan 15 Kek Sempena Hari Raya Aidilfitri


06 Ogos 2013, Selasa :-

Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah  dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan menerima persembahan kek sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Santapan, Istana Negara. Persembahan kek ini merupakan acara tahunan setiap kali menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Baginda berdua menghabiskan masa selama setengah jam untuk melihat kek-kek yang dipersembahkan oleh hotel-hotel berkenaan. 

Kek buah dengan replika Masjid Zahir yang dipersembahkan oleh Pusat Dagangan Dunia Putra seperti gambar diatas telah dapat menarik perhatian utama Tuanku Abdul Halim.  Kek seberat 100kg yang bertemakan "Kedamaian Aidilfitri" ini dihiasi dengan gemerlapan lampu diod pemancar cahaya atau LED dan mengeluarkan bunyi tahbir hari raya.

Pelbagai jenis kek dengan bentuk-bentuk yang menarik telah dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku oleh 15 hotel terkemuka. Diantara hotel-hotel yang mempersembahkan kek-kek Hari Raya Aidilfitri adalah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa, Berjaya Times Square Hotels & Resorts, Hotel Shangri-La, Hotel Palace of The Golden Horses, Hotel Holiday Villa, Hotel Mandarin Oriental, Hotel Seri Pacific, Hotel Federal International, YTL Hotels, Starwood Group, Hotel Grand Dorsett Subang, Sunway Resort Hotel & Spa, Hotel Hilton Kuala Lumpur dan Pusat Dagangan Dunia Putra.

Sumber :- Bernama

No comments: