Saturday, August 3, 2013

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Hadiri Majlis Berbuka Puasa PDRM


03 Ogos 2013, Jumaat :-

Malam semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah  dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Polis Diraja Malaysia. Majlis yang diadakan di Pusat Latihan Polis atau PULAPOL di Jalan Semarak, Kuala Lumpur ini turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Mohd Zin ; Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Sumber :- Bernama

No comments: