Friday, November 29, 2013

Pengiran Muda 'Abdul Muntakim Rasmikan Persembahan 'Sleeping Beauties On Skates'

29 November 2013, Jumaat :-

Hari ini anakanda kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim telah berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran 'Sleeping Beauties on Skates' yang diadakan di Stadium Tertup, Komplek Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Keberangkatan tiba YTM disambut oleh Pengurus Bersama Sleeping Beauty on Skaters, Awang Ismail Pengarah Dato Paduka Haji Othman.  Dalam majlis ini YTM telah diperkenalkan kepada para pelakon dan menghadiri sesi bergambar bersama mereka. YTM kemudiannya diiringi oleh Richard Laidlaw dari Australia yang merupakan pemilik Sleeping Beauty on Skate untuk meramsikan persembahan berkenaan. Setelah selesai menyaksikan persembahan, YTM kemudinnya beramah mesra dengan para pelakon sebelum berangkat pulang.  

Kumpulan ini akan mengadakan persembahan mereka di Negara Brunei Darussalam bermula hari ini sehingga 02 Disember 2013. Harga tiket bermula dari BND18, BND28 dan BND38. Sebahagian daripada hasil jualan tiket ini akan disumbangkan kepada tabung kebajikan anak yatim kebangsaan di Brunei. Sila hubungi talian +6738275777 untuk sebarang pertanyaan berhubung persembahan ini.


Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Pelita Brunei

No comments: