Monday, November 11, 2013

Pengiran Muda Mahkota Brunei Dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Para


11 November 2013, Isnin :-

Hari ini Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Para.  Pemakaian beret dan sayap penerjunan disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera Darat, Yang Mulia Jeneral Datuk Raja Mohamed  Affandi Raja Mohamed Hussein dalam satu majlis yang diadakan di Kem Terendak, Melaka.

Penganugerahan beret dan sayap penerbangan ini merupakan penghormatan tertinggi daripada 10 Briged Para yang dianugerahkan kepada pemimpin tentera atau kerajaan didalam atau luar negara yang terpilih dimana ianya adalah esklusif dan melalui pencalonan yang amat teliti. Duli Yang Teramat Mulia merupakan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Brunei Darussalam.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia beserta 20 orang anggota deligasi dari Brunei pada jam 12:20hrs ke Kem Terendak diiringi oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein  dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin telah diambut oleh Panglima Angkatan Tentera Darat, Yang Mulia Jeneral Datuk Raja Mohamed  Affandi Raja Mohamed Hussein.

Dalam majlis ini juga, Duli Yang Teramat Mulia telah dipersembahkan dengan demonstrasi taktikal 10 Briged Para di Dataran Parawood, Kem Terendak. Tahniah diucapkan kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah diatas anugerah ini.

Sumber :- Bernama / Jabatan Penerangan Brunei

No comments: