Sunday, November 3, 2013

Sultan Brunei dan Raja Isteri Hadiri Majlis Berbedak Dayang Dhau'iyyah dan Dayang Mas’udah


03 November 2013, Ahad :-

Malam semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berkenan mencemar duli berangkat menghadiri Majlis Berbedak Dayang Dhau'iyyah binti Abdullah dan Dayang Mas’udah binti Abdullah di Dewan Indera Kayangan, Empire Hotel and Country Club, Bandar Brunei Darussalam. Dayang Dhau'iyyah binti Abdullah dan Dayang Mas’udah binti Abdullah merupakan Anakanda Angkat kepada Sultan Brunei dan Raja Isteri.



Doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Turut serta dalam majlis ini adalah Kerabat-Kerabat Diraja Brunei, Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan ahli-ahli keluarga yang berkenaan.

Sumber :- Pelitabrunei

2 comments:

Nurfaezah Abdullah said...

unik nama mrk.. yet wondering siapa mrk ne..

tengkusyah said...

Anak Angkat Sultan Brunei