Monday, November 4, 2013

Sultan Brunei dan Raja Isteri Hadiri Majlis Perkahwinan Anakanda Angkat Baginda Berdua


Sila Click Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar


04 November 2013, Isnin :-

Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Perkahwinan anakanda angkat baginda berdua iaitu Dayang Dhau'iyyah binti Abdullah dan Dayang Mas'udah binti Abdullah.  Majlis diadakan di Dewan Indera Samudera, The Empire Hotel and Country Club di Bandar Seri Bagawan.


Dalam majlis ini, Doa dibacakan oleh Mufti Kerajaan Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Turut serta dalam majlis ini adalah Kerabat-Kerabat Diraja Brunei, Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Sumber :- Pelitabrunei

1 comment:

Unknown said...

charming & gorgeous :)