Sunday, December 15, 2013

Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-60 Tengku Aris Temenggong Selangor


Gambar terbaru Tengku Muhamad Yusof dan Raja Saidatul-Ezam sewaktu sambutan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-60 yang diadakan di Hotel One World, Genting Highland.


15 Disember 2013, Ahad :-

Tahniah diucapkan kepada Tengku Aris Temenggong Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Dato' Setia Muhamad Yusof Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah dan Yang Mulia Raja Saidatul-Ezam Binti Raja Kechil Besar Perak, Raja Datuk Sri Lope Nur Rashid yang telah menyambut ulang tahun ke-60 Perkahwinan mereka pada 12 Disember lepas. Yang Amat Mulia Tengku Dato' Setia Muhamad Yusof Shah berkahwin dengan Yang Mulia Raja Saidatul-Ezam pada 1953.

Yang Amat Mulia Tengku Dato' Setia Muhamad Yusof Shah merupakan kerabat diraja Selangor manakala Yang Mulia Raja Saidatul-Ezam merupakan kerabat diraja Perak. Hasil daripada perkahwinan ini Yang Amat Mulia dikurniakan dengan 10 orang cahayamata iaitu dua putera dan lapan puteri.

Syah mendoakan agar Tengku Aris Temenggong Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Dato' Setia Muhamad Yusof Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah dan Yang Mulia Raja Saidatul-Ezam Binti Raja Kechil Besar Perak, Raja Datuk Sri Lope Nur Rashid dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik serta dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat. Amin

Gambar sewaktu muda

Gambar :- TS Facebook

2 comments:

Anonymous said...

Assalam. .. Pak Engku dan Mak Engku. Tahniah dgn ulang tahun perkahwinan yg ke 60. Doakan Pak Engku dan Mak Engku sihal walfiat dan sentiasa dirahmati Allah SWT.

Dari Rasydan anak Penghulu Noh Bkt Chandan.

Anonymous said...

sembah salam, tok temengung serta tok zam. selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan ke 60. Sentiasa dipelihara allah swt. amin.