Monday, December 2, 2013

Sultan Brunei Hadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan PKBN

02 Disember 2013, Isnin :- 

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Khidmat Bakti Negara. 

Program Khidmat Bakti Negara atau lebih dikenali dengan panggilan singkatannya PKBN merupakan satu program dibawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dimana objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan semangat patriotik, beriltizam dan berdaya tahan di kalangan belia Brunei selain dapat mengukuhkan kesefahaman yang terkandung dalam perlembagaan negara dan falsafah negara Melayu Islam Beraja. 

Selain daripada itu, PKBN juga berperanan  untuk melahirkan belia yang beriman dan bertakwa serta membantu dalam membentuk perwatakan yang positif dan mempunyai sikap saling membantu di samping melahirkan belia Brunei yang cemerlang selaras dengan Dasar Belia Negara melalui komponen-komponen yang disediakan. PKBN mula diperkenalkan pada Disember 2011.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei/Pelita Brunei

No comments: