Saturday, August 31, 2013

Tak Dapat Update Blog

31 Ogos 2013, Sabtu :-


Salam dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56 tahun kepada negara kita tercinta Malaysia dengan harapan semuga kita semua menghargai nikmat kemerdekaan yang kita kecapi dan memantapkan lagi hubungan diantara kaum dinegara  kita kerana "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh" terutamanya kepada bangsa kita sendiri bak kata Laksama Hang Tuah "Takkan Melayu Hilang Didunia". Hari ini dan esok Syah tak dapat hendak update blog kerana Syah akan menghabiskan waktu bersama Ayahanda dan Bonda Tiri Syah yang berada di Kuala Lumpur semenjak minggu kedua Aidilfitri lagi. Cuma entry dibawah sahaja yang bertajuk "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56 Malaysia" yang Syah sempat hidangkan kepada anda semua buat hari ini.


Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Jutaan terima kasih diatas segala sokongan yang anda berikan kepada tengkusyah.blogspot.com. 

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56 Malaysia


Laungan "MERDEKA" sebanyak tujuh kali oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj disambut oleh rakyat jelata di Stadium Merdeka pada pagi 31 Ogos 1957. Tarikh keramat ini telah memansuhkan kekuasan British dan mengwujudkan satu perlembagaan baru bagi negara kita yang tercinta.

31 Ogos 2013, Sabtu :-

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-56 Tahun kepada Negara Yang Tercinta, Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada semua pemimpin-peminpin negara kita yang telah bertungkus lumus berusaha tanpa mengira bangsa dan agama untuk mencapai kemerdekaan tanahair pada 31 Ogos 1957 terutamanya kepada BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Al-Fatihah ................ Semuga Rohnya Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.


Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957 bersama-sama Raja-Raja Melayu dan Rakyat Jelata sewaktu Pengistiharaan Kemerdekaan Tanah Melayu.

Friday, August 30, 2013

Terima Balasan Kad Hari Raya Aidilfitri 2013 Daripada Al-Sultan Kelantan

30 Ogos 2013, Jumaat :-

Hari ini Syah menerima balasan kad ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Al-Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V.  Kad baginda pada tahun ini berlatar belakangkan istana-istana diraja Kelantan seperti Istana Negeri, Kubang Kerian ; Istana Telipot, Kota Baharu ; Istana Balai Besar, Kota Baharu ; Istana Kota Lama, Kota Baharu ; Istana Jahar, Kota Baharu dan Istana Batu, Kota Baharu. Dibahagian hadapan kad baginda yang bewarna kuning diletakkan Jata Yang Maha Mulia Sultan Kelantan bewarna merah keemasan. 





Thursday, August 29, 2013

Raja Soid Moizuki bin Raja Jaafar Mangkat

29 Ogos 2013, Khamis :-

Inna lillah wa inna ilaihi rojiun. Dukacita dimaklumkan bahawa seorang kerabat diraja Perak, Raja Soid Moizuki bin Raja Jaafar yang merupakan generasi ke-3 Almarhum Sultan Abdullah telah kembali ke rahmatullah pada jam 15:00hrs  semalam akibat kemalangan jalanraya di Kedah. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada hari ini jam 11:00hrs  di Kuala Nerang, Kedah dan bukannya di Makam Diraja Al-Ghufran, Kuala Kangsar atas permintaan balu Allahyarham.  

Sultan Abdullah Muhammad Shah ibni Almarhum Sultan Ja’afar Safiuddin Mu’adzam Shah merupakan Sultan Sultan Perak ke-26 yang dibuang negeri oleh British ke Pulau Seychelles pada 21 Julai 1877 ekoran peristiwa pembunuhan Residen British, J.W.W. Birch pada 1875.  Baginda mangkat pada 1922 di Kuala Kangsar dan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan yang kini dikenali sebagai Makam Diraja Al-Ghufran.

Af-Fatihah ………

Semuga Rohnya Allahyarham Raja Soid Moizuki bin Raja Jaafar dan Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah ibni Almarhum Sultan Ja’afar Safiuddin Mu’adzam Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham semuga kalian tabah menghadapi dugaan ini.

Sumber :- Tengku Soraya / Ku Yam/ Ku Jannah 

Wednesday, August 28, 2013

Sultan Brunei Hadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anjuran YSHHB

28 Ogos 2013, Rabu :-
Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1434 Hijriah/2013 Masihi anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas. Keberangkatan tiba baginda dan rombongan disambut oleh  Menteri Pendidikan yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB, Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan tahun ini.
Turut mengiringi baginda adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.
Majlis  dimulai dengan bacaan Surah Al-Faatihah dan doa selamat oleh Mufti Kerajaan, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned diikuti  sembah alu-aluan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB.  Selepas itu Tuanku Sultan menyampaikan titah baginda. Dalam majlis ini juga Tuanku Sultan  telah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Klip Video “Raja Yang Prihatin” anjuran YSHHB serta menyaksikan tayangan klip-klip video bagi lima kategori yang dipertandingkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013. Seramai 150 pelajar-pelajar Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah membuat persembahan dalam majlis ini.
Baginda Sultan dan kerabat diraja kemudiannya beramah mesra dan menjamu selera dengan para tetamu sebelum berangkat menyaksikan pameran-pameran teknologi info-komunikasi (ICT) serta mendengar taklimat ringkas daripada para peserta yang mengambil bahagian dalam pameran ini yang terdiri daripada beberapa buah Syarikat Telekomunikasi, syarikat-syarikat ICT, sekolah/maktab serta beberapa buah syarikat/persatuan ICT yang berkaitan. Baginda juga telah melancarkan produk aplikasi ICT yang dihasilkan oleh ‘Media Hikmah Applications’.
Sumber :- Pelita Brunei / Jabatan Penerangan Brunei

Tuesday, August 27, 2013

Makam Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

27 Ogos 2013, Selasa :-

Inilah dia Makam Almarhum Al-Marhum Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman iaitu Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke 10 (18 April 1967 -27 Disember 2008) dan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke 10 (26 April 1994 - 24 April 1999). Almarhum mangkat dalam usia 86 tahun pada 27 Disember 2008 dan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti.  Gambar ini Syah ambil daripada seorang blogger dan Syah tidak berkesempatan untuk ziarah ke makam ini lagi.  Sebelum Hari Raya Aidilfitri lepas Syah ada menelefon Encik Damhore Abd Hamid seorang usahawan yang membina makam-makam /pusara di Malaysia dan Brunei.  En Damhore maklumkan kepada Syah dia yang membuat makam Almarhum Tuanku Jaafar. Syah mengenali En Damhore kerana kesemua makam nenda dan bonda saudara Syah dibuat oleh En Damhore sendiri. Jika ada yang berminat untuk membuat makam / pusara anda boleh hubungi En Damhore ditalian 012 2679480. 

Gambar dibawah sekali adalah gambar Syah disisi makam Almarhum Tuanku Jaafar.  Syah ziarah kemakam Almarhum  pada 2010 selepas menghadiri Istiadat Pertabalan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baru menggantikan Almarhum Tuanku Jaafar pada 26.10.2010 di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti. Begitulah bentuk makam sementara Almarhum sebelum binaan makam ini didirikan.

Al-Fatihah................  Semuga Roh Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.




Sumber :- Muhammad Qul Amirul Hakim / MBS

Monday, August 26, 2013

Dato'Seri Hishamuddin dan Datin Seri Tengku Marsilla Mengadap Sultan Brunei dan Raja Isteri


26 Ogos 2013, Isnin :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang juga merupakan Menteri Pertahanan  telah berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussien di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan. Dato'Seri Hishammuddin dan rombongan berada di Brunei untuk lawatan rasmi selama tiga hari. Manakala di Ruangan yang lain pula, isteri Dato' Seri Hishammuddin,  Yang Mulia  Datin Seri Tengku Marsella binti Tengku Abdullah telah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Pengiran Pemancha Pengiran Anak Mohammad Alam.

Terdahulu Dato' Seri Hishamuddin dan Datin Seri Tengku Marsilla telah mengadap Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahman di Qashr Al-Meezaan.


Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Pelitabrunei

Tengku Dato' Abdul Wahab bin Tengku Arif Temenggong Tengku Abdul Aziz Mangkat

26 Ogos 2013, Isnin - 


Dukacita dimaklumkan bahawa Tengku Dato' Abdul Wahab bin Tengku Arif Temenggong Tengku Abdul Aziz telah mangkat jam 13:30hrs tadi dikediaman Allahyarham di Kuantan, Pahang.  Allahyarham yang berusia 66 tahun mangkat kerana sakit jantung, Allahyarham sebelum ini mendapat serangan stroke.  Pada mulanya keluarga Allahyarham mengejutkan beliau yang sedang tidur tetapi didapati Allahyarham tidak sedarkan diri sehingga ambulance dipanggil dan kemudiannya disahkan telah mangkat.  Sebentar tadi (jam 16:40hrs) Syah menelefon adinda Allahyarham, Tengku Dato' Manan dan dimaklumkan bahawa jenazah Allahyarham akan dibawa ke Tanjung Peramu, Pekan, Pahang sebentar lagi dan akan dimakamkan di Makam Diraja Pahang pada malam ini selepas Solat Insyak. 

Al-Fatihah 


Semuga Roh Allahyarham Tengku Dato' Abdul Wahab bin Tengku Arif Temenggong Tengku Abdul Aziz ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham diatas kemangkatan ini.

Sumber :- Ku Nain / Tengku Dato' Manan

Datuk Seri Najib Tun Razak Hadiri Majlis Resepsi Perkahwinan Anak Jusuf Kalla

26 Ogos 2013, Isnin :-

Malam semalam Perdana Menteri yang amat kita kasihi Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansur telah menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan bongsu kepada bekas Naib Prsiden Indonesia, Jusuf Kalla. Majlis resepsi diadakan penuh adat istiadat perkahwinan Bugis memandangkan Jusuf Kalla sendiri berbangsa Bugis yang berasal dari Makassar, Sulawesi Selatan. Tahukah anda bahawa Datuk Seri Najib sendiri merupakan salah seorang keturunan raja-raja Bugis dari Makasar disebelah nenda perempuannya.

Sila click Entry Syah terdahulu mengenai hubung kait Datuk Seri Najib dan Sultan Hassanuddin


Majlis resepsi perkahwinan diantara Chairani Jusuff Kalla dan suaminya Marah Laut C. Neor yang berasal dari Padang, Minangkabau diadakan di Ballroom, Hotel Ritz Carlton, Pacific Palace, Jakarta dan dihadiri kira-kira 2500 orang tetamu termasuk Presiden Indonesia dan isteri. Majlis Akad Nikah pula diadakan pada 24 Ogos 2013 di Hotel Dharmawangsa, Kebayoran, Jakarta Selatan dan dihadiri kira-kira 400 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat kedua belah pihak pengantin sahaja.

Sumber :- Bernama/ MBS/ Tribunnews.com

Saturday, August 24, 2013

Kenali Cucunda-Cucunda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

24 Ogos 2013, Sabtu:-


Hari ini Syah hendak memperkenalkan kepada anda semua cucunda-cucunda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Pengiran Pemancha Pengiran Anak Mohammad Alam.  Sepertimana yang kita ketahui KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei berkahwin sebanyak tiga kali dan isteri kedua dan ketiga baginda telah diceraikan dan hanya tinggal isteri pertama sahaja.  

Kedua-dua bekas isteri baginda iaitu Cik Puan Mariam binti Haji Abdul Aziz dikurniakan empat orang anak yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan manakala Cik Puan Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar dikurniakan sepasang cahayamata. Anakanda-anakanda Cik Puan Mariam masih belum lagi berumahtangga manakala anakanda-anakanda Cik Puan Azrinaz  masih kecil. Buat masa ini KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei mempunyai 12 orang cahayamata yang terdiri daripada lima lelaki dan tujuh perempuan serta dikurniakan dengan 10 orang cucunda yang terdiri daripada lima lelaki dan lima perempuan.

Anakanda-anakanda baginda yang telah berumahtangga adalah :-
  1. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkahwin dengan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahman.  Dikurniakan sepasang cahayamata.
  2. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah berkahwin dengan Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim.  Dikurniakan dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.
  3. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah berkahwin dengan yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul bin Pengiran Syed Haji Jaafari. Dikurniakan sepasang cahayamata.
  4. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah berkahwin dengan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub. Dikurniakan seorang cahayamata lelaki.
Sila click Link Syah terdahulu mengenai KENALI MENANTU-MENANTU SULTAN BRUNEI


Ini adalah cucunda-cucunda baginda :-

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah

Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah



Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raheemah Sanaul Bolkiah binti Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim


Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hariisah Widadul Bolqiah binti Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim


Yang Amat Mulia Pengiran Anak 'Abdul Raqiib bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim

Yang Amat Mulia Pengiran Anak 'Abdul Haseeb bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim

Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolkiah binti Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim


Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez  bin Pengiran Anak Khairul Khalil


Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanna-Ul Bolqiah binti Pengiran Anak Khairul Khalil


Yang Amat Muia Pengiran Anak Muhammad Za'eem bin Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini.  Beliau  baru diputerakan pada 03 Ogos 2013 lepas.

Sumber :- Dirgahayu / Buku Perkahwinan /MBS

Friday, August 23, 2013

YTM Paduka Seri Duli Leftenan Pengiran Muda ’Abdul Mateen Hadiri Taklimat Projek Pembinaan Kapal Peronda DARUTTAQWA

23 Ogos 2013, Jumaat :-

Semalam, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Leftenan Pengiran Muda ’Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berangkat menghadiri  taklimat projek pembinaan kapal terbaru Tentera Laut Diraja Brunei iaitu Kapal Peronda DARUTTAQWA di Bilik Persidangan, Park Hotel, Bremen, Jerman. Taklimat disampaikan oleh Ketua Pemerhati Projek Laut, Leftenan Kolonel (Laut) Azlan bin Haji Ahmad.
Selepas taklimat, Leftenan Pengiran  Muda ‘Abdul Mateen telah menghadiri Majlis Pelancaran dan Penamaan Kapal Peronda DARUTTAQWA di limbungan Syarikat Pembina Kapal Luerssen, Berne, Niedersachsen, Jerman, Selepas itu  Leftenan Pengiran  Muda ‘Abdul Mateen berangkat menghadiri Majlis Santapan Tengah Hari yang dianjurkan oleh Pengarah Urusan Syarikat Pembina Kapal Luerssen.
Turut serta dalam taklimat ini adalah Timbalan Menteri Pertahanan Negara Brunei Darussalam, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Republik Persekutuan Jerman, Tuan Yang Terutama Pehin Datu Panglima Kolonel (Bersara) Dato Paduka Haji Abdul Jalil bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Halim bin Haji Mohd. Hanifah, serta Pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang lain. 
Kolonel (L) Pengiran Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad  dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Pembinaan Kapal Peronda DARUTTAQWA ini adalah untuk melengkapkan lagi aset-aset Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) disamping dapat mempertingkatkan lagi liputan kawasan rondaan dan rutin rondaan.  Ianya juga akan dapat mempertingkatkan  tahap pelaksanaan tugas-tugas Tentera Laut Diraja Brunei seperti  operasi, latihan dalam mahupun luar negara dan juga pemeliharaan kapal-kapal. Tambah beliau lagi, fungsi utama kapal peronda ini adalah untuk menjadi kapal latihan bagi anggota-anggota ataupun bakal-bakal pegawai dan anggota TLDB. Kapal ini  juga  mempunyai perubahan dari segi struktur dalaman bagi menampung anggota-anggota latihan dimana terdapat ruang untuk dijadikan bilik kuliah dan penambahan tempat tidur peserta.
Sumber :- Pelita Brunei

Thursday, August 22, 2013

Sultan Pahang Lawat Lokasi Kemalangan Bas Di Genting Highland


KDYMM Sultan Pahang sedang meninjau lokasi kejadian kemalangan bas di KM 3.5 Jalan Genting Highland.

22 Ogos 2013, Khamis :-

Semalam lebih kurang jam 18:40hrs Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah telah berkenan mencemar duli turun ke lokasi kemalangan bas di Genting Highlands, Pahang untuk meninjau keadaan lokasi kejadian dan operasi menyelamat yang dijalankan.  Kejadian berlaku semalam di KM 3.5 Jalan Genting Highland pada jam 14:25hrs dimana sebuah bas ekspress yang membawa 53 orang penumpang telah terjunam 60 meter ke dalam gaung dan telah mengorbankan 37 mangsa (27 lelaki dan 10 wanita) termasuk pemandu bas manakala 16 lainnya cedera. Baginda telah menzahirkan rasa dukacita baginda terhadap tragidi ini dan kelihatan sebak di lokasi kejadian. Titah baginda :-
  • "Saya dah cakap dengan Genting Highlands (Kumpulan Genting), apa juga perbelanjaan yang dibuat hari ini akan ditanggung oleh Genting Highlands.
  • "Saya akan berjumpa dengan OCPD (Ketua Polis Daerah Bentong) untuk pendapat berkenaan dengan apa jua bentuk pertolongan yang diperlukan keluarga mangsa,"
  • Titah baginda lagi. baginda ke lokasi kejadian kerana mahu bersama rakyat untuk membantu dan memberi pertolongan tanpa mengira bangsa dan agama.
Terima kasih diucapkan kepada KDYMM Sultan Pahang diatas keperihatinan baginda terhadap kebajikan rakyat di negara ini dan sanggup datang ke lokasi kejadian bagi meninjau keadaan disana serta menghulurkan bantuan kepada mangsa dan keluarga mereka. Dirgahayu Tuanku Sultan Pahang.

Sumber :- Bernama / MBS 

Wednesday, August 21, 2013

Potrait Rasmi Prince George of Cambridge Bersama Ayahanda dan Bondanya

21 Ogos 2013, Selasa :-

Ini adalah dua keping potrait rasmi pertama pasangan HRH Duke and Duchess of Cambridge bersama putera sulung mereka HRH Prince George Alexander Louis of Cambridge atau lebih dikenali sebagai Prince George of Cambridge yang dikeluarkan oleh pihak Istana Kensington semalam 20 Ogos 2013. Prince George of Cambridge diputerakan pada jam 16:24hrs 22 Ogos 2013 di Hospital St. Mary, Paddington, Westminister, London. Gambar ini telah dirakam pada awal Ogos lepas oleh ayahanda kepada Duchess of Cambridge atau Kate Middleton iaitu Michael Middleton dikediamannya di Bucklebury, Berkshire. Keadaan ini dilihat sebagai sesuatu yang aneh dimana pada kebiasaannya dikalangan kerabat diraja Britain, potrait rasmi pertama anak-anak mereka biasanya diambil oleh jurugambar professional.  


Bagi pandangan peribadi Syah, mungkin ini perubahan yang hendak ditunjukkan oleh pasangan diraja ini kepada umum tetapi diharap sebarang perubahan yang dibuat dimasa hadapan tidaklah terlalu drastik dan mengabaikan protokol kerana bayi berkenaan bakal menjadi Raja dan beliau harus diasuh semenjak dari bayi lagi sebagai  seorang pemimpin. Bukan bermakna bayi ini tidak boleh merasa kehidupan seperti orang biasa tetapi ada perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan kepada bayi ini  yang bakal menjadi pewaris tahta Britain. Raja tetap Raja dan dia tidak boleh diasuh sebagai orang biasa cuma boleh diasuh merasai kehidupan orang biasa atau orang kebanyakan supaya mereka mengetahui keadaan rakyat dan menghormati mereka sepertimana pepatah Melayu " Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah". Maaf jika pendapat peribadi Syah ini menyinggung perasaan orang lain.

Sumber :- The Sun / Royal News Blog

Tuesday, August 20, 2013

Raja Nazrin Hadiri Majlis Rumah Terbuka CIMB

20 Ogos 2013, Selasa :- 

Malam tadi Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim telah berkenaan menghadiri Majlis Rumah Terbuka CIMB yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Nazir Tun Razak.  Turut serta dalam majlis ini adalah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, YAM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.serta lebih 1,200 jemputan terdiri daripada ahli politik, pemimpin masyarakat, ahli perniagaan dan wakil korporat.

Sumber :- Bernama

Monday, August 19, 2013

Sultan Brunei Hadiri Majlis Khatam Al-Qur'an 67 Kali Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-67 Tahun


19 Ogos 2013, Isnin :-


Pada Sabtu lepas bersamaan 17 Ogos 2013, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Pengiran Pemancha Pengiran Anak Mohammad Alam telah berkenaan menghadiri Majlis Khatam Al-Qur'an 67 kali oleh Ahli-Ahli Majlis Perundangan Mukim dan Kampung seluruh Negara Brunei.  Malis berlangsung di Dewan Persantapan, Istana Nurul Iman.  Majlis Khatam Al-Qur'an 67 kali ini diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Brunei yang ke 67 tahun disamping mendukung wawasan baginda untuk menjadikan Negara Brunei sebagai sebuah Negara Zikir dan rakyatnya celik Al-Qur'an.

Dalam program ini, rakyat yang  mewakili kesemua daerah di Negara Brunei mengkhatam Al-Qur'an sebanyak 67 kali khatam dan kemudiannya berdoa agar Allah melanjutkan usia Tuanku Sultan Brunei, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dikuatkan iman serta kekal memerintah dan memimpin negara Brunei Darussalam. 

Majlis dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai diikuti dengan bacaan takhtim atau tahlil  manakala bacaan doa khatam dipimpin oleh Imam Haji Abdul Aziz bin Badol dari Daerah Tutong. Kemudiannya diadakan Dikir Marhaban oleh 67 orang pegawai masjid dan imam dari Jabatan Hal Ehwal Masjid  dan 67 orang pegawai dan guru perempuan dari Jabatan Pengajian Islam.  Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

Keberangkatan tiba baginda berdua ke Dewan Persantapan disambut oleh Pemangku Menteri Ehwal Dalam Negeri, Pehin Datu Lailaraja Mejar General (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yusoff, Penasihat Bersama, Pengerusi Bersama dan Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Khatam Al-Qur'an 67 kali khatam.  Turut serta dalam majlis ini adalah adalah putera dan puteri baginda.

Sumber :-Pelitabrunei / Jabatan Penerangaan Brunei

Wednesday, August 14, 2013

Sultan Brunei Namakan Cucunda Baginda


14 Ogos 2013, Rabu :-


Salam dan Selamat hari Raya semua.  Syah masih dikampung bercuti dan hanya sempat updat satu entry sahaja buat masa ini.  Jika ada kesempatan dan kelapangan Syah akan update blog lagi.  Insyallah minggu hadapan tengkusyah.blogspot.com akan dikemaskini seperti biasa. 

Inilah dia cucunda baru KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha yang diputerakan pada 03 Ogos 2013 bersamaan 25 Ramadhan 1434 jam 02:45hrs waktu Brunei. Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenaan mengurniakan nama kepada cucunda baginda dengan nama Yang Amat Muia Pengiran Anak Muhammad Za'eem bin Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini. Kenyataan rasmi berhubung perkara ini telah dikeluarkan pada 06 Ogos 2013 oleh YAM Pengiran Pengawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Haji Abu Bakar, Grand Chamberlian.

Dalam kenyataan ini juga memaklumkan bahawa DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha  serta kerabat diraja mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menguruskan proses bersalin Yang Teramat Mulia paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Sumber :- Pelita Brunei

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri Daripada tengkusyah.blogspot.com @ Maharum Bugis Syah


Gambar Terbaru Syah diambil pagi semalam dalam perjalanan ke pejabat dalam Komuter ke KL Sentral.


07 Ogos 2013, Rabu :-

Syah Mengambil Kesempatan Ini Untuk Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua Pembaca tengkusyah.blogspot.com. Maaf Zahir dan Batin. Berhati-hati dijalan raya terutmanya dimusim perayaan ini semuga kita semua selamat sampai ke distinasi yang dituju.  Akhir sekali jangan lupa menjaga diet anda semua dimusim perayaan ini terutamanya  kepada yang kurang sihat.

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini tengkusyah.blogspot.com atau Maharum Bugis Syah tidak akan bersiaran dalam masa seminggu bermula hari ini kerana Syah akan balik kekampung dan menghabiskan cuti rehat bersama keluarga Syah dikampung terutamanya bersama Ayahanda Syah, Bonda Tiri Syah dan Bonda Saudara Syah. Insyallah jika ada kesempatan dan masa terluang, Syah akan update blog.

Sehingga berjumpa lagi dilain Entry .............

Majlis Rumah Terbuka Istana Negara


07 Ogos 2013, Rabu :- 

Semalam, Istana Negara dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun akan mengadakan Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.  Majlis akan diadakan di Istana Negara pada Hari Raya pertama bermula jam 11:00 hrs  hingga 14:00hrs.

Jika anda ingin menghadir Majlis Rumah Terbuka ini, sila gunakan pintu 1 iaitu pintu gerbang utama dengan menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta manakala Pintu 3 untuk di Jalan Seri Hartamas.  Dari segi pakaian pula, anda dinasihatkan agar menggunakan pakaian sopan dan bertemakan Hari Raya.

Sumber :- Bernama

Tuesday, August 6, 2013

Kad Hari Raya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus



06 Ogos 2013, Selasa :-


Hari ini Syah menerima balasan kad ucapan Hari Raya Aidilfitri daripada DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.



Shukur Alhamdulillah patik merafak sembah mengucapkan terima kasih kepada DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus diatas kesudian Tuanku membalas kad ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada patik.  

Dalam masa yang sama juga, Syah menerima kad balasan daripada anakanda Tuanku Muhriz, YAM Tunku Zain Al-'Abidin.

Cubaan Merampas Istana Negara Gagal


06 Ogos 2013, Selasa :-

Cubaan untuk merampas Istana Negara awal pagi semalam dapat dipatahkan oleh pihak berkuasa  dengan penahanan 10 individu yang mengelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara. Insiden ini berlaku pada jam 04:10hrs, 05 Ogos 2013 dihadapan pintu 1, Istana Negara  dimana mereka  mendakwa sebagai pewaris sah Yang di-Pertuan Agong dan cuba mengambil alih pentadbiran Istana Negara. Mereka yang menggunakan tiga buah kenderaan dan berpakaian serba hitam terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita berumur diantara 11 hingga 50 tahun ini turut membawa 13 helai bendera bertulisan kalimah tauhid serta beberapa helai Watikah Bai’ah atau perjanjian untuk taat.  Baru-baru ini seorang daripada anggota kumpulan ini mendakwa dirinya sebagai Raja Nusantara Kumpulan Empayar Langkasuka dalam laman social Facebook miliknya.  Beliau juga mendakwa dirinya sebagai Pemuda Bani Tamin yang menjadi penyedia tapak kepada kemunculan Imam Mahadi.



Kesemua suspek termasuk kenderaan berkenaan telah dibawa ke Balai Polis Jalan Travers untuk siasatan lanjut. Hasil siasatan pihak polis mendapati mereka ini berasal dari Melaka, Perak, Kedah dan Johor melalui kad pengenalan masing-masing.  Ada juga diantara mereka tiada membawa sebarang pengenalan diri. Tiada sebarang senjata dijumpai pada suspek atau didalam kenderaan berkenaan. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supritendan Aida Abdul Hamid memaklumkan bahawa siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 121B Kanun Keseksaan atas kesalahan terhadap kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang Dipertua Negeri dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup atau dikenakan denda.

Sumber :- Bernama / nescafeais.com

Tuanku Abdul Halim Dipersembahkan 15 Kek Sempena Hari Raya Aidilfitri


06 Ogos 2013, Selasa :-

Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah  dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan menerima persembahan kek sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Santapan, Istana Negara. Persembahan kek ini merupakan acara tahunan setiap kali menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Baginda berdua menghabiskan masa selama setengah jam untuk melihat kek-kek yang dipersembahkan oleh hotel-hotel berkenaan. 

Kek buah dengan replika Masjid Zahir yang dipersembahkan oleh Pusat Dagangan Dunia Putra seperti gambar diatas telah dapat menarik perhatian utama Tuanku Abdul Halim.  Kek seberat 100kg yang bertemakan "Kedamaian Aidilfitri" ini dihiasi dengan gemerlapan lampu diod pemancar cahaya atau LED dan mengeluarkan bunyi tahbir hari raya.

Pelbagai jenis kek dengan bentuk-bentuk yang menarik telah dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku oleh 15 hotel terkemuka. Diantara hotel-hotel yang mempersembahkan kek-kek Hari Raya Aidilfitri adalah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa, Berjaya Times Square Hotels & Resorts, Hotel Shangri-La, Hotel Palace of The Golden Horses, Hotel Holiday Villa, Hotel Mandarin Oriental, Hotel Seri Pacific, Hotel Federal International, YTL Hotels, Starwood Group, Hotel Grand Dorsett Subang, Sunway Resort Hotel & Spa, Hotel Hilton Kuala Lumpur dan Pusat Dagangan Dunia Putra.

Sumber :- Bernama

Sunday, August 4, 2013

Putera Muhammad Ali dan Princess Noal Zaher Akan Berkahwin


04 Ogos 2013, Ahad :-

Putera Sulong kepada bekas Raja Mesir His Majesty King Fuad iaitu Putera Muhammad Ali akan berkahwin dengan Puteri Noal Zaher yang merupakan cucunda kepada bekas Raja Afghanistan, His Majesty King Mohammed Zahir Shah.  Pasangan ini telah mengumumkan pertunangan mereka pada 27 April 2013 dan akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 30 Ogos ini di Carigan Palace Hotel di Istambul, Turki.  Hotel lima bintang ini merupakan bekas Istana Kerajaan Ottoman yang pernah memerintah Turki dan terletak di perairan Eropah diantara Besiktas dan Ortakoy di Istambul. Pasangan ini bertemu dan kemudiannya jatuh hati semasa berada di Istambul dan sebab itulah Istambul dipilih sebagai lokasi perkahwinan mereka.  Ikatan perkahwinan diantara dua kerabat diraja Mesir dan Afghanistan ini jarang-jarang berlaku sebelum ini

Dari Kiri Putera Muhammad Ali, Fatima Aref Begum (bonda kepada Puteri Noal Zaher), HM KIng Fuad II dan Puteri Noal Zahir semasa pengumuman pertunangan mereka April lepas.

Putera Muhammad Ali diputerakan di Cairo pada tahun 05 Februari 1979 telah diberi gelaran Prince of Sa'id.  Beliau sekarang menetap di Perancis dan berkerja dalam bidang pengurusan hartanah.  Bondanya Dominique-France Picard atau dikenali dengan nama Queen Fadila selepas memeluk islam merupakan seorang warga Perancis dikurniakan tiga orang cahayamata hasil perkahwinannya dengan HM King Fuad II.  Ayahanda dan bonda beliau bercerai pada 1996.  Selepas bercerai HM King Fuad II kembali semula ke Switzerland (sebelum ini menetap di Perancis) dimana baginda dibesarkan setelah sistem beraja dimansuhkan di Mesir.

Puteri Noal Zahir diputerikan pada 1980 di Rome, Itali.  Ayahandanya adalah Mohammed Daoud Khan Pachtounyar yang merupakan putera kelima kepada bekas Raja Afghanistan, HM King  Mohammed Zaher Shah dan Permaisuri Homeira. Beliau merupakan graduan dari French University Institut Saint-Dominique dan Webster University, London.

Sumber :- Hello Daily News / Royaltynu

Saturday, August 3, 2013

Surat Beranak Prince George


08 Ogos 2013, Sabtu :-


HRH Duke of Cambridge, Prince William dan HRH Duchess of Cambridge telah mendaftarkan kelahiran Putera Sulong mereka His Royal Highness Prince Alexander Louis of Cambridge selepas 11 hari dilahirkan di Lindo Wing, Hospital St Mary, Paddington di Tengah London. Kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh Istana Kensington memaklumkan bahawa Duke dan Suchess of Cambridge telah mendaftarkan kelahiran Prince George.  Surat "Beranak" telah ditandatangani oleh Prince William pagi 02 Ogos 2013 waktu London di Istana Kensington dengan disaksikan oleh Alison Cathcart, Pembantu Pendaftar dari Pejabat Pendaftaran Westminister.

Sumber :- Royalty Nu

Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Lahirkan Putera Sulong


03 Ogos 2013, Sabtu :-

Tahniah diucapkan kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan pasangannya Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub kerana telah dikurniakan seorang putera. Bayi berkenaan diputerakan pada hari ini 03 Ogos 2013 bersamaan 25 Ramadhan 1434 jam 02:45hrs. Pengistiharan ini dibuat oleh Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Hj Alauddin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Hj Abu Bakar atas titah perintah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei.

Kelahiran cucunda KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei ini disambut dengan tembakan 17 das meriam di perkarangan Istana Nurul Iman di Bandar Seri Bagawan. Dengan ini bertambahlah cucunda KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri daripada sembilan orang kepada sepuluh orang iaitu lima lelaki dan lima perempuan. Bayi lelaki ini merupakan Putera Sulong pasangan diraja ini yang berkahwin pada 20 September 2012. 

Sila click Entry Syah dibawah berhubung Perkahwinan Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah dan Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini. Selamat membaca ........
  1. Istiadat Perkahwinan Diraja Puteri Sultan Brunei Bermula
  2. Titah Baginda Sultan Brunei Pada Majlis Istiadat Bersuruh Diraja
  3. Istiadat-Istiadat Sempena Perkahwinan Diraja Puteri Sultan Brunei Yang Dijalankan Pada 17.09.2012
  4. Apa itu Gendang Jaga-Jaga
  5. Istiadat-Istiadat Sempena Perkahwinan Diraja Puteri Sultan Brunei Yang Dijalankan Pada 18.09.2012
  6.  Istiadat Berbedak
  7. Istiadat Akad Nikah
  8. Akad Nikah
  9. Profile Pengantin Diraja
  10. Istiadat-Istiadat Sempena Perkahwinan Diraja Puteri Sultan Brunei Yang Dijalankan Pada 20.09.2012
  11. Istiadat Jaga-Jaga
  12. Majlis Istiadat Bersanding Diraja Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah dan Pengiran Ruzaini Berlangsung Pagi Ini
  13. Siaran Secara Langsung Perkahwinan Diraja di RTB 1 dan RTB 4 Sekarang
  14. stiadat Persandingan Diraja Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Pengiran Haji Muhammad Ruzaini Berjalan Lancar
  15. Pengiran Haji Muhammad Ruzaini diberikan Gelaran Diraja Sebagai Yang Amat Mulia Pengiran Anak
  16. Cenderahati Sempena Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja
  17. Datin Seri Rosmah Mansur Menghadiri Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei
  18. Majlis Persantapan Diraja
  19. Tiara Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah
  20. Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga Berlangsung Hari Ini
Sumber :- Ahmad Borneo / MBS tengkusyah.blogspot.com / Danny