Wednesday, January 1, 2014

Nama Tanjong Puteri Ditukar Kepada Johor Baharu


Makam Diraja Johor di Teluk Belanga, Singapura masih kekal hingga hari ini.

01 Januari 2014, Rabu :-

Tahukah anda pada 01 Januari 1866, Temenggung Abu Bakar (kemudiannya bergelar Sultan Abu Bakar, Sultan Johor Era Moden 1) telah mengubah nama Bandar Tanjong Puteri kepada Johor Baharu. Sehubungan dengan itu Johor Baharu telah dijadikan ibu negeri menggantikan Teluk Belanga di Singapura. Keputusan ini dibuat oleh baginda memandangkan kedudukan strategik Tanjong Puteri untuk dijadikan pusat pentadbiran dan perniagaan. Baginda yang dikenali sebagai Bapa Johor Moden telah berjaya membangunkan Johor Baharu mengikut cara pentadbiran Inggeris. Menjelang tahun 1866, Johor Baharu mempunyai Pejabat Setiausaha Kerajaan, Jabatan Perbendaharaan, Pejabat Audit, Mahkamah Besar, Pejabat Percetakan Kerajaan, Jabatan Kerja Raya, Polis, Pejabat Ukur, Pejabat Tanah, Pejabat Pelajaran dan lain-lain. Kepesatan pembangunan Johor Baharu tetap kekal hingga ke hari ini dibawah kesinambungan pentadbiran lima orang Sultan Johor Era Moden.

Sumber :- Arkib Negara / Panoramio.com

No comments: