Tuesday, January 21, 2014

Tunku Puan Zanariah Gagal Mengenepikan Perintah Mahkamah Syariah

21 Januari 2013, Selasa :- 

Semalam Yang Amat Mulia Tunku Puan Zanariah telah gagal untuk mengenepikan perintah Mahkamah Syariah yang mengeluarkan penghakiman bahawa Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail telah menceraikan beliau. Hakim Muhammad Khaldun Mohd. Sharif memaklumkan bahawa Mahkamah Syariah Johor terikat dengan fatwa mengenai perkara tersebut. 

Peguam yang mewakili Yang Amat Mulia Tunku Puan Zanariah, Afshah Arifin memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah bahawa ucapan yang dilafazkan oleh Almarhum Sultan Iskandar adalah tidak sah dari segi undang-undang Islam. Pihak peguam bela akan memfailkan rayuan berhubung kes ini di Mahkamah Syariah Johor dalam masa terdekat ini. 

Sila click entry Syah terdahulu berhubung kes Cerai ini

Sumber :- Utusan.com.my

1 comment:

tiada sudah said...

askm hayati apa kata baginda baik2 kan selepas itu baginda kembali pd yang maha esa ..itu ler cerai kan meninggalkan dunia kembali pd yg esa ..itu lah cerai