Monday, March 24, 2014

Tengku Bendahara Selangor Mangkat


24 Mac 2014, Isnin :-

Ayahanda saudara kepada Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah iaitu Yang Amat Mulia Tengku Bendahara Selangor Tengku Dato' Azman Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj telah mangkat petang semalam 23 Mac 2014. Jenazah Allahyarham buat masa ini diletakkan di Istana Alam Shah, Klang, Selangor dan akan dimakamkan pada pagi ini lebih kurang jam 10:30hrs di Makam Diraja Selangor, Klang. Allahyarham Tengku Bendahara Selangor berusia dalam lingkungan 83 tahun.  Allahyarham Tengku Bendahara Selangor  berkahwin dengan puteri Sultan Kelantan, Tengku Thuraya binti Sultan Ibrahim IV pada 27 Disember 1950. Allahyarham Tengku Bendahara Selangor di dilantik sebagai Tengku Bendahara Selangor pada 13 Mei 1959 dan pernah menjadi Pemangku Raja Selangor serta merupakan salah seorang Ahli Dewan Diraja Selangor.


Al-Fatihah ..............



Semuga rohnya Allahyarham YAM Tengku Bendahara Selangor Tengku Dato' Azman Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj  ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amien.  Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham YAM Tengku Bendahara Selangor diatas kemangkatan ini.

Sumber : TS / Istana Alam Shah / Wangsa Selangor

2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih atas gambar suasana jenazah AlMarhum Tengku Bendahara. Saya sangat2 rapat dengan Almarhum kerana saya rapat dengan keluarga Draja Kelantan, isteri almarhum Tengku. Alfatihah.

Puteri Purnama said...

Semoga roh Tengku Bendahara dikumpulkan bersama orang yg.beriman dan dirahmati Allah.Alfatihah. Terimakasih syah, kongsi berita dan gambar keluarga2 diraja ni.