Sunday, May 4, 2014

Buku 3 Penyair Pemikir Muslim



04 Mei 2014, Ahad :-

Semalam Syah ke Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan di Putra World Trade Center atau PWTC hendak mencari buku-buku untuk koleksi diraja Maharum Bugis Syah Mini Royal Library. Ini adalah kali kedua Syah kesini semenjak iannya dibuka mulai 24 April lepas dan berakhir pada hari ini. Pusing punya pusing akhirnya mata Syah terpandang buku bertajuk 3 Penyair Pemikir Muslim dan terus Syah beli. Rupa-rupanya booth yang jual buku ini kepunyaan Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam. Tak sangka mereka buka booth disini. Semasa Syah ke Brunei pada penghujung tahun 2013 lepas, kawan Syah, Runny membawa  Syah ziarah ke Pusat Dakwah tetapi Syah tak perasan pula mereka ada menjual buku.

Buku ini dihasilkan oleh Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama,  Negara Berunai Darussalam yang memperlihatkan bagaimana sesebuah karya yang berkualiti menyumbang kearah pembangunan temadun bangsa, ugama dan negara. Buku ini merupakan analisis beliau terhadap tulisan tiga orang tokoh penyair pemikir muslim yang menghasilkan karya berlandaskan kenegaraan dan keislaman iaitu :-
  1. Pengiran Shahbandar Muhammad Salleh Ibni Pengiran Syarmayuda yang menghasilkan Syair Rakis.
  2. Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dengan karya baginda Syair Perlembagaan Negara Brunei.
  3. Pujanga Agung Islam, Dr. Muhammad Iqbal dari Pakistan yang menghasilkan puisi-puisi tentang pembentukan Pakistan, Hijaz dan lain-lain.
Buku-buku di Booth Pusat Dakwah Islamiah ini dijual dengan potongan harga 50% dan jika anda ke PWTC hari ini jangan lupa cari Booth Pusat Dakwah Islamiah yang terletak di aras bawah PWTC. Boothnya agak kecil dan kalau sekali pandang mungkin tak perasan dan kena cari betul-betul.  Buku ini berharga RM25.00 dan selepas diskaun Syah dapat RM12.50. Pada yang berminat cepat datang kerana hari ini hari terakhir Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Sumber :- MBS/ Buku3 Penyair Pemikir Muslim

No comments: