Saturday, May 17, 2014

Raja Perlis Sempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Yang Ke-71


Tuanku Syed Sirajuddin Menganugerahkan Darjah Kebesaran SPMP yang Membawa Gelaran Dato' Seri Kepada Menteri Besar Perlis YAB Dato' Seri Azlan bin Man.

17 May 2017, Sabtu :-

Hari ini Tuanku Syed Sirajuddin telah berkenaan mencemar duli menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan baginda yang ke-71 di Balairong Seri Istana Arau, Bandar Diraja Arau, Perlis. Menteri Besar Perlis, Azlan Man mengetuai senarai 243 penerima anugerah darjah kebesaran negeri Perlis sempena ulang tahun keputeraan ke-71 Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra bagi tahun 2014. Dalam Istiadat yang diadakan hari ini, seramai 30 orang telah menerima anugerah masing-masing manakala baki 213 orang lagi akan menerima anugerah masing-masing mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Diantara yang menerima darjah kebesaran pada hari ini adalah YAB Azlan Man menerima darjah Seri Paduka Mahkota Perlis' (SPMP) yang membawa gelaran 'Datuk Seri'. Diantara penerima SPMP pada hari ini adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (tidak hadir kerana berada diluar Negara untuk tugas rasmi Negara), Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pemaju Country Heights dan The Mines, Tan Sri Lee Kim Tiong @ Yew.

Dua orang dianugerahkan darjah Datuk Paduka Mahkota Perlis' (DPMP) yang membawa gelaran Dato’ iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Pengangkutan dan Pembangunan Wilayah, Sabry Ahmad dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang Prof Dr Muhamad Jantan.

Dua orang dianugerahkan darjah 'Datuk Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail' (DSPJ) yang membawa gelaran Dato’ iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pesaka, Shabaruddin Ibrahim dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Emkay, Fazwinna Mustapha Kamal.


Tiga orang menerima darjah 'Datuk Panglima Sirajuddin Jamalullail' (DPSJ) yang membawa gelaran Dato’ iaitu Naib Presiden Kanan Felda Global Ventures Holdings Bhd, Datuk Abdul Halim Hamid; Pemangku Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita Pusat Pengajian Sains Perubatan USM Kubang Kerian, Kelantan, Prof Datin Dr Rashidah Shuib; dan pesara guru, Syed Kamarulzaman Syed Bahaldin.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima Darjah dan Pingat Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis yang ke-71 bagi tahun 2014.

Sumber :- Bernama

No comments: