Sunday, May 25, 2014

Tengku Abdullah Dipilih Sebagai Presiden FAM 2014/2018


25 May 2014, Ahad :-

Menjunjung Kasih Merafak Sembah dan Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah diatas perlantikan baginda sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia atau FAM. Baginda dipilih sebagai Presiden FAM bagi tempoh 2014/2018 selepas berjaya dalam pemilihan Jawatan berkenaan pada Kongres Tahunan FAM ke-50 di Shah Alam pada hari ini dengan menewaskan anakanda saudara baginda, Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim. 

Pada mulanya, Tengku Mahkota Pahang memperolehi 24 undi manakala Tunku Mahkota Johor mendapat 15 undi.  Walau bagaimanapun pemilihan semula terpaksa dilakukan kerana keputusan undi tidak memperolehi dua pertiga undian sepertimana yang diperuntukkan dalam Artikel 39.2 bagi pemilihan Jawatan Presiden FAM. Undian kali kedua juga memihak kepada Tengku Mahkota Pahang dengan memperolehi 27 undi menewaskan Tunku Mahkota Johor yang memperolehi 12 undi.

Bekas Presiden FAM, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah dilantik sebagai Presiden Kehormat FAM seumur hidup.

Barisan kepimpinan baru FAM bagi penggal 2014/2018 selepas pemilihan yang diadakan dalam Kongres Tahunan FAM ke-50 pada hari ini adalah seperti berikut :-


Presiden:
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (Pahang)

Timbalan Presiden:
1. Datuk Seri Afandi Hamzah (Kelantan)
2. Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (Selangor)

Naib Presiden:
1. Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Perak)
2. Datuk Rozabil Abdul Rahman (Perlis)
3. Datuk Sudarsono Osman (Sarawak)

Anggota Jawatankuasa Eksekutif:
1. Datuk Yusof Mahadi (Melaka)
2. Abdul Aziz Yeop Jamaluddin (Perak)
3. Datuk S. Sivasundram (penyandang-Selangor)
4. Alijus@Mohd Ali Sipil (Sabah)
5. Datuk Osman Salleh (penyandang-PDRM))
6. Goh Ah Chai (Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia)
7. Datuk Mohd Junid Mohd Noor (Pulau Pinang)
8. Datuk Othman Aziz (Kedah)
9. Brig. Jeneral Datuk Norhuda Ahmad (wanita)
10. Normala Md Yusof (wanita)

Sumber :- Malaysiakini/ Utusan Malaysia Online / Bernama

No comments: