Sunday, May 25, 2014

Tengku Marsella Lawat Panda Gergasi Feng Yi dan Fu Wa



25 April 2014, Ahad :-

Petang tadi YM Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah isteri kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menemani suami beliau melawat Pusat Konversasi dan Pameran Panda Gergasi di Zoo Negara, Hulu Klang, Kuala Lumpur. Kelihatan YM Datin Seri Tengku Marsilla ber selfie bersama suami dan Panda berkenaan. Datuk Seri Hishammuddin mengiringi lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke  Pusat Konversasi dan Pameran Panda Gergasi berkenaanPanda Gergasi yang diberi nama Feng Yi (Betina) dan Fu Wa (Jantan) tiba di Malaysia pada 21 May lepas melalui Kompleks MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 07:53 hrs. Feng Yi dan Fu Wa diterbangkan dari tempat asalnya di Chengdu, Cina menggunakan pesawat khas MASKargo  330-200 (MH6462). Panda Gergasi ini akan dikuarantin selama sebulan ditempat khas yang disediakan oleh Zoo Negara di Pusat Konversasi berkenaan.

Pada mulanya  Feng Yi dan Fu Wa dijadualkan sampai ke Malaysia pada 16 April 2014 tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan kerajaan Cina terpaksa menumpukan perhatian dalam usaha-usaha mencari dan menyelamat pesawat MAS MH370 yang hilang dalam penerbangan ke Cina  pada 08 Mac 2014. Feng Yi dan Fu Wa   dipinjamkan oleh Kerajaan Cina kepada Malaysia bagi tempoh 10 tahun melalui Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi. Panda Gergasi ini juga menjadi simbolik hubungan diplomatik antara kedua negara sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia - Cina.

Marilah kita beramai-ramai melihat sendiri Panda Gergasi Feng Yi dan Fu Wa apabila iannya dibuka untuk lawatan pada bulan hadapan. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel dalam kenyataanya pada Jumaat lepas memaklumkan Harga tiket belum ditetapkan lagi tetapi tidak lebih daripada RM20.00 bagi dewasa dan separuh harga bagi kanak-kanak. 

Sumber :- Pic dari Hishammuddin Hussein Fan Page

No comments: