Monday, May 5, 2014

Yang Amat Mulia Tengku Puan Nor Sa'adah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah Mangkat


05 Mei 2014, Isnin :-

Innalillahi wa inna ilaihi Rojiun. Salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Yang Amat Mulia Tengku Puan Nor Sa'adah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah yang telah mangkat pada hari ini. Allahyarhamah Tengku Puan merupakan Kerabat Diraja Selangor dan isteri kepada Allahyarham Raja Tun Sir Uda Al-Haj bin Raja Muhammad, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang pertama (31 0gos 1957 - 30 Ogos 1967).

Allahyarhamah Tengku Puan mangkat pagi tadi di Hospital Ampang Puteri dan Jenazah telah dibawa ke Istana Alam Shah, Klang sebelum dimakamkan di Makam Diraja Sultan Sulaiman, Klang petang tadi dengan penuh adat istiadat diraja Selangor. 

Al-Fatihah 


Semuga Rohnya Allahyarhamah Yang Amat Mulia Tengku Puan Nor Sa'adah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin. 

Sumber :- Gambar dari THE RAJA SIR TUN UDA AL HAJ BIN RAJA MUHAMMAD FAMILY WEBSITE

No comments: