Wednesday, May 21, 2014

Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah Mangkat


21 May 2014, Rabu :-


Innalillahi wa inna ilaihi Rojiun.

Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah, DKH., DMK., SPMK.,  SSDK., PSM., PSB.,Tunku Bendahara Kedah Darul Aman dan juga merupakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman telah Mangkat jam 12:20 tengah malam tadi di Hospital Pantai Ipoh, Ipoh, Perak kerana masalah jantung dalam usia 74 tahun. Almarhum diputerakan pada 30 Jun 1939 dan dilantik sebagai Tunku Bendahara Kedah pada 28 November 1981.  Almarhum kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman pada 13 Disember 2011 apabila kekandanya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang ketika itu merupakan Sultan Kedah dilantik sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Al-Fatihah


Semuga Rohnya Almarhum Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.

Jenazah telah dibawa dari Ipoh ke Alor Setar dan diletakkan di Istana Kuala Cegar.  Selepas jenazah dimandikan dan disolatkan di Istana Kuala Cegar, Jenazah akan dibawa pula ke Istana Anak Bukit pada pagi ini untuk Istiadat Penghormatan Terakhir yang akan bermula jam 11:30hrs (11:30pagi) hingga 15:00hrs (03:00pm). Solat jenazah sekali lagi akan diadakan di Istana Anak Bukit sebelum Istiadat Permakaman yang dijadualkan berlangsung selepas Solat Asar di Makam Diraja Langgar.

Hari ini diisytiharkan sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh Negeri Kedah sebagai penghormatan diatas kemangkatan Tunku Bendahara Kedah Darul Aman / Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman. Bendera Negeri dan Persekutuan dikibarkan separuh tiang untuk tempoh tiga hari bermula hari ini hingga 23 May 2014 manakala tempoh perkabungan selama tujuh hari bermula hari ini hingga 27 May 2014. Sepanjang tempoh perkabungan semua bentuk hiburan, keramaian serta perayaan adalah dibatalkan. 

Sumber :-Izad/Istana Anak Bukit/Utusan Malaysia/Bernama

No comments: