Monday, June 16, 2014

Tuanku Abdul Halim Rasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quraan Peringkat Antarabangsa ke-56.


16 Jun 2014, Isnin :-


Malam ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenaan berangkat ke Majlis Perasmian Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quraan Peringkat Antarabangsa ke-56. Majlis yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur ini bermula pada hari ini hingga 21 Jun 2014. Buat julung kalinya pada tahun ini negara kita menganjurkan Majlis menghafaz al-Quraan Peringkat Antarabangsa serentak dengan Majlis Tilawah al-Quraan Peringkat Antarabangsa.

Majlis tilawah al-Quran dijadualkan bermula jam 20.45hrs sehingga 23:00hrs bermula hari ini 16 hingga 21 Jun manakala majlis menghafaz al-Quran pula akan bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 12 tengah hari bermula esok,17 hingga 19 Jun 2014 selama tiga hari. Bagi kategori tilawah, johan qari dan qariah akan menerima jongkong emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000; naib johan qari dan qariah menerim RM30,000, ketiga qari dan qariah menerima RM20,000, keempat qari dan qariah menerima RM15,000, kelima qari dan qariah menrima RM10,000 dan saguhati menerima RM3,000. Bagi kategori hafazan pula, johan qari dan qariah menerima RM30,000, naib johan qari dan qariah menerima RM15,000, ketiga qari dan qariah menerima RM10,000 dan saguhati menerima RM3,000.



Turut serta dalam majlis pada malam ini adalah Yand di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas dan isteri,  Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor bt. Shariff ; Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Zurina bt. Kassim ; Yang di-Pertua Negeri Sabah,Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M. Jasni ; Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato'  Seri Jamil Khir Baharom.  

Sumber :- TV1 / Utusan Online

No comments: