Thursday, May 7, 2015

Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35)


Click gambar untuk Imej yang lebih besar.


07 May 2015, Khamis :-


Pagi tadi Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal di Tujuh Kuala Sungai Perak telah diadakan dengan penuh tertib mematuhi adat dan tradisi Istana Perak sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (ke-35). Rombongan yang membawa perkakas istiadat diketuai oleh Toh Seri Nara Diraja Mohd Shah Nong Chik menaiki tujuh buah kenderaan tentera yang dihiasi kain kuning dan diiringi paluan Nobat dengan lagu Nobat Khamis bertolak dari anjung Istana Iskandariah menuju Jeti Majlis Perbandaran Kuala Kangar (MPKK).


Click gambar untuk Imej yang lebih besar.

Setibanya rombongan di Jeti MPKK, Perkakas istiadat kemudiannya dibawa masuk kedalam dua buah bot yang dihiasi kain kuning untuk mengambil air dari tujuh kuala sungai Perak iaitu di Sungai  Kangsar, Sungai Chempias, Sungai Saiyong, Sungai Hitam, Sungai Chermin, Sungai Buaia dan Sungai Menora. 


Click gambar untuk Imej yang lebih besar.


Air yang diambil dimasukkan kedalam bekas yang dipanggil geluk atau buyong. Sebanyak 16 geluk digunakan bagi istiadat ini yang terdiri daripada 8 geluk emas dan 8 geluk perak. Geluk-geluk berkenaan diiringi dengan hiasan daun kelapa muda yang dianyam berbentuk jari lipan, bekas perasap, bekas beras kunyit, bekas beras basah, bekas bertih, bekas tepung tawar, bekas air sintuk, bekas air limau dan bekas air bunga panca bicara.

 

Click gambar untuk Imej yang lebih besar.

Istiadat disempurnakan dalam masa dua jam dan geluk-geluk yang berisi air berkenaan diarak balik ke Istana Iskandariah dengan iringan paluan nobat oleh Kumpulan Nobat Diraja Perak. Sesampainya ke Istana Iskandariah, air berkenaan dibawa ke Panca Persada untuk digunakan bagi Istiadat Bersiram Tabal pada malam ini selepas Istiadat Tabal Pusaka dijalankan.



Click gambar untuk Imej yang lebih besar.


Click gambar untuk Imej yang lebih besar.



Sumber :- Perak Today/ Bernama/TV1/Fairul

No comments: