Friday, May 8, 2015

Tuanku Nazrin Dan Tuanku Zara Menziarahi Makam Raja Bendahara Alang Iskandar atau Marhum Teja Sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35)

Click gambar untuk imej yang lebih besar



08 May 2015, Jumaat :-

Makam Raja Bendahara Alang Iskandar atau Marhum Teja merupakan lokasi kedua ziarah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan dalam Istiadat Menziarahi Makam-Makam Sultan dan Pemerintah Perak yang terdahulu sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35).  DYMM Tuanku Nazrin dan DYMM Tuanku Zara berangkat tiba kekawasan makam lebih kurang jam 16:00hrs.

Makam ini terletak di Kuala Teja dalam Mukim Gopeng. Raja Bendahara Alang Iskandar merupakan putera kepada Raja Kechil Tengah Ahmad Ibni Almarhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah. Almarhum dilantik menjadi Raja Bendahara Perak sewaktu era pemerintahan Sultan Abdullah Muhammad Shah 1 dan Sultan Ja'far Muazzam Shah. Sewaktu menjadi Raja Bendahara Perak di Kuala Teja, Almarhum me­ngutip cukai di atas segala barang-barang yang masuk dan keluar di Kuala Sungai Kinta. Almarhum bersemayam di Kuala Keboi, Kampar dan mangkat di Kuala Teja, Kota Bharu Gopeng.

Sumber :- Utusan.com /Perak Today / Jabatan Penerangan Malaysia

No comments: