Sunday, May 15, 2016

Raja Muda Selangor Sertai Shah Alam Enduride 2016


15 May 2016, Ahad :-

Hari ini Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah berkenan menyempurnakan upacara perlepasan Shah Alam Enduride 2016 dimana baginda juga turut mengmbil bahagian dalam kayuhan sejauh 120 km ini. Turut serta adalah kekanda ipar baginda, Yang Amat Berbahagia Dato' Setia Aubry Rahim Mennesson. Acara bermula jam 07:00 pagi dan dijangka berakhir jam 02:30 petang.

Program bermula dan tamat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dimana para peserta akan melalui kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK). Para peserta akan berkayuh melalui beberapa daerah antaranya Klang, Gombak dan Kuala Selangor. 

Sebanyak dua kategori dipertandingkan dalam Shah Alam Enduride 2016 iaitu Road Race dan Road Bike dimana Road Race bagi lelaki junior bawah 19 tahun, lelaki terbuka 20 - 34 tahun dan lelaki senior master 40 tahun keatas. Manakala Road Bike untuk kayuhan santai bagi lelaki junior bawah 19 tahun, lelaki terbuka 20-34 tahun, lelaki master  35-45 tahun dan lelaki senior master berumur 46 tahun keatas.

Program kayuhan ini merupakan penganjuran kali ketiga oleh MBSA  (Majlis Bandaraya Shah Alam) dengan kerjasama Bike Away selepas Kayuhan Santai Shah Alam dan Pertandingan berbasikal Kriterium Shah Alam. Selain daripada peserta tempatan, iannya juga disertai oleh peserta dari luar negara antaranya Indonesia, Singapura, Thailand, United Kingdom, India, Australia, Sepanyol, Sweden, New Zealand, Filipina, Jepun, Brunei dan Jerman. 

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti MBSA, Encik Shahrin Ahmad, program ini secara tidak langsung merupakan platform untuk pihaknya menganjurkan acara berbasikal bertaraf antarabangsa disamping merealisasikan impian Shah Alam sebagai bandar raya sukan.


Sumber : Aubry IG / bikeaway.com / Selangor Kini

No comments: