Friday, January 15, 2016

Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin Mangkat




15 Januari 2016, Jumaat :-

Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un.  Dukacita dimaklumkan bahawa putera bongsu kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Duli Yang  Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud telah mangkat pagi tadi  jam 11:55am.  Almarhum Yang Amat Mulia Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin mangkat di hospital Canselor Tuanku Muhriz [dahulu dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia], Kuala Lumpur dalam usia 31 tahun. Almarhum diputerakan pada 03 September 1984 di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Jenazah akan dibawa ke Istana Besar Seri Menanti untuk urusan pemakaman pada hari ini yang akan diadakan secara tertutup untuk kerabat terdekat sahaja.


Wednesday, January 13, 2016

Tuanku Abdul Halim Terima Ijazah Doktor Kehormat Daripada MSU

Tuanku menerima Ijazah Doktor Kehormat Pengurusan Strategik dan Kepimpinan daripada Permaisuri Baginda, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon  yang juga merupakan Canselor MSU.

13 Januari 2016, Rabu :-

Merafak Sembah Ucap Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah kerana telah menerima  Ijazah Doktor Kehormat Pengurusan Strategik dan Kepimpinan daripada Management & Science University (MSU).   

Baginda telah berkenaan menerima Ijazah Doktor Kehormat berkenaan pagi tadi dalam satu istiadat konvokesyen khas yang disampaikan Canselor MSU di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara sempena konvensyen ke-18 MSU.

Sumber : BH Online