Monday, May 30, 2016

Tuanku Abdul Halim Rasmikan The St Regis Langkawi

Click gambar untuk Imej yang lebih besar

30 May 2016, Isnin :-

Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah  berkenan mencemar duli merasmikan hotel mewah  bertaraf enam bintang The St Regis Langkawi di Jalan Pantai Kok, Pulau Langkawi.  Turut mengiringi baginda adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun.

Majlis perasmian ini juga dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. The St Regis Langkawi merupakan projek usaha sama di antara Kementerian Kewangan Malaysia menerusi Ministry of Finance Incorporated dan Rajawali Group, sebuah syarikat dari Indonesia. Hotel mewah ini telah disiapkan sepenuhnya dalam masa 19 bulan.

Menurut Perdana Menteri  yang juga merupakan Menteri Kewangan memaklumkan bahawa pembinaan hotel mewah ini merupakan satu permulaan kepada usaha mewujudkan lebih banyak lagi infrastruktur pelancongan yang bersesuaian dengan citarasa pelancong berpendapatan tinggi. Pihak kerajaan juga akan menambah jadual penerbangan terus antarabangsa ke pulau ini bagi meningkatkan kunjungn pelangong dari luar negara dan secara tidak langsung meletakkan Pulau Langkawi dalam peta dunia pelancungan. Keadaan ini juga akan dapat memberi peluang pekerjaan terutama pekerjaan bergaji tinggi kepada penduduk tempatan dan menambahkan lagi permintaan terhadap kraftangan Malaysia.


Sumber : Bernama

Thursday, May 26, 2016

Sampul Surat Hari Pertama Sempena Hari Keputeraan Baginda Queen Elizabeth II


Click Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar




26 May 2016, Khamis :-


Sempena hari keputeraan baginda Queen Elizabeth II yang ke 90 tahun, Syah minta kawan Syah buat tempahan 3 item dengan Royalmail.com pada 21 April 2016 untuk koleksi Maharum Bugis Syah Mini Royal Library  iaitu dua sampul surat hari pertama, setem dan Lembaran mini beserta buku - HM The Queen 90th Birthday Prestage Stamp Book.  Shukur alhamdulillah satu sudah sampai seminggu lepas dan satu lagi hari ini cuma buku tu sahaja belum sampai.  Hairan juga mengapa mereka hantar asing-asing. Apa-apapun Shukur Alhamdulillah.

Wednesday, May 25, 2016

Pengiran Muda Mahkota Berangkat Ke Majlis Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam


25 May 2016, Rabu :-

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam. DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota yang juga merupakan Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri telah mewakili Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menyampaikan pingat-pingat berkenaan dalam satu majlis yang diadakan di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman.

Turut berangkat adalah  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Turut serta adalah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-Timbalan Menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin-Pehin Manteri, Manteri-Manteri Pendalaman, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Setiausaha-Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan kerajaan, Penghulu-penghulu Mukim serta Ketua-ketua Kampung.


Seramai 678 penerima yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan telah diberikan penghargaan dan penghormatan  dalam majlis yang diadakan pada 23 May 2016 (hari ketiga) sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Brunei Darussalam Ke-69 Tahun. Senarai Pingat dan jumlah penerima adalah seperti berikut :-
  1. Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) - 68 penerima terdiri daripada 33 Anggota Jabatan Perdana Menteri & 35 Anggota Kementerian Pertahanan. 
  2. Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B) - 610 penerima terdiri daripada 75 anggota Jabatan Perdana Menteri, 152 anggota Kementerian Pertahanan, 12 anggota Kementerian Kewangan, 23 anggota Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, 78 anggota Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, 175 anggota Kementerian Hal Ehwal Ugama, 18 anggota Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, 37 anggota Kementerian Perhubungan dan 40 anggota Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sumber : Pelitabrunei

Tuesday, May 24, 2016

Tengku Mahkota Pahang Sertai Seminar Ulama


24 May 2016, Selasa :-

Semalam Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan mencemar duli merasmikan Seminar Ulamak Pahang Kali Ke-5 di Hotel MS Garden, Kuantan, Pahang. Mengikut jadual baginda akan berangkat pulang selepas majlis santpan tengahari, walau bagaimanapun baginda yang juga merupakan Yang DiPertua Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang telah membuat kejutan kepada 250 orang peserta seminar serta pihak  urusetia dengan menyertai seminar berkenaan.

Selepas selesai solat zohor berjemaah, baginda terus berangkat masuk ke dewan seminar yang berada diaras 5 hotel berkenaan. Baginda bersama-sama para peserta mendengar pembentangan kertas kerja kedua dan ketiga dengan tajuk  "Memperkasakan pendidikan agama Islam negeri Pahang, cabaran dan masa hadapan” yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Dr Abdul Shukor Husin dan “Ulama’ dalam siasah negara” yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr Yusof bin Haji Md Noor. Baginda sempat mengajukan beberapa soalan di seminar ini.

Turut berangkat mengiringi baginda adalah anakanda baginda, Tengku Amir Nasser Ibrahim.

Sumber : Portal Diraja Pahang/Dzulkarnain

Monday, May 23, 2016

Pengiran Muda Mahkota Berangkat Menyaksikan Kejohanan Renang Masters dan Terbuka Brunei Kali Pertama


23 May 2016, Isnin :-

Semalam Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman telah berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Masters dan Terbuka Brunei yang berlangsung di Kolam Renang Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) di Jalan Utama Salambigar, Kampung Sungai Hanching, Mukim Berakas 'B'.

Turut berangkat adalah anakanda DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota iaitu Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah

Kejohanan ini bermula 21 Mei lalu dan berakhir semalam dengan mempertandingkan acara lelaki dan perempuan antaranya 100 Meter Gaya Bebas, 200M Gaya Bebas, 50M Kuak Lentang, 100M Kuak Dada, 200M Kuak Dada, 200M Kuak Kupu-Kupu dan 100M Medley Perseorangan. Kejohanan yang julung kali diadakan ini disertai oleh beberapa buah kelab renang di negara Brunei termasuk ISB, Dolphin Swimming Club, Brunei Speed Swimming Club, Jerudong Swimming Club, Panaga Stingrays dan Temburong Swim Team.


YTM Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim  telah menyertai tiga acara berasingan iaitu 100M Medley Perseorangan, 200M Kuak Lentang dan 50M Gaya Bebas mewakili ISB. 

Sumber :- Pelitabrunei

Tuesday, May 17, 2016

Buku Dapur Istana Alam Shah : Resipi-Resipi Diraja Oleh Tengku Ampuan Rahimah Selangor

 

17 May 2016, Selasa :-

Tengahari tadi Syah  minta kawan Syah, Abang Yusof untuk menghantar Syah ke Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) di Subang Jaya untuk membeli buku Dapur Istana Alam Shah :  Resipi-Resipi Diraja Oleh Tengku Ampuan Rahimah Selangor. Buku ini ditulis oleh Yang Amat Mulia Tengku Puteri Nor Zehan binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan hasil jualan buku ini akan disalurkan kepada Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah.  Buku ini dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 15 May 2016 di Istana Alam Shah, Bandar Diraja Klang, Selangor.

Marilah kita bersama-sama membeli sambil menderma kepada Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR).  Buku ini berharga RM400.00 dan didatangkan dalam dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Untuk mendapatkan buku ini anda boleh menghubungi atau pergi terus ke Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) di Lot 746, Jalan USJ 1/18, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.  Anda juga boleh menghubungi Pentadbir rumah amal ini, En Dzulkarnain Bin Mansor di talian 03-56312664 / 012-289 7253 atau e-mail : ractarku@yahoo.com.

Sumber : MBS

Monday, May 16, 2016

Sultan Selangor Lancar Buku Masakan Diraja


16 May 2016, Isnin :-

Malam tadi Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan melancarkan buku Dapur Istana Alam Shah Resipi-Resipi Diraja Oleh Tengku Ampuan Rahimah Selangor.  Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut berangkat ke majlis pelancaran berkenaan yang diadakan di Istana Alam Shah, Bandar Diraja Klang, Selangor.  Buku ini mengandungi lebih daripada 60 jenis masakan dan hasil jualan buku ini akan disalurkan kepada Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah.

Buku ini ditulis oleh adinda Sultan Selangor, Tengku Puteri Nor Zehan bagi mengembalikan dan berkongsi kelazatan hidangan Istana Selangor kepada umum.  Istana Selangor begitu terkenal dengan hidangan istemewa bagi setiap majlis yang diadakan dari dahulu hingga kini.  Menurut Tengku Puteri Nor Zehan, bondanya Almarhumah Tengku Ampuan Hajah Rahimah akan mengambil masa yang lama dalam menyediakan sesuatu menu untuk setiap majlis Istana bagi memastikan iannya merupakan menu yang sempurna.

Menurut Tengku Puteri Nor Zehan lagi, kenangan yang paling indah yang tidak dapat dilupakan adalah semasa hari perkahwinan beliau dimana Almarhumah bondanya sendiri menyelia hidangan makanan pada majlis berkenaan yang diadakan di Istana Alam Shah.

Almarhumah Tengku Ampuan Hajah Rahimah binti Almarhum Sultan Abdul Aziz (Langkat) bersama Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah.



Makam Almarhumah Tengku Ampuan Hajah Rahimah di Makam Diraja Klang

Sumber : BH Online / Zatashah / Maharum Bugis Syah

Sunday, May 15, 2016

Raja Muda Selangor Sertai Shah Alam Enduride 2016


15 May 2016, Ahad :-

Hari ini Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah berkenan menyempurnakan upacara perlepasan Shah Alam Enduride 2016 dimana baginda juga turut mengmbil bahagian dalam kayuhan sejauh 120 km ini. Turut serta adalah kekanda ipar baginda, Yang Amat Berbahagia Dato' Setia Aubry Rahim Mennesson. Acara bermula jam 07:00 pagi dan dijangka berakhir jam 02:30 petang.

Program bermula dan tamat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dimana para peserta akan melalui kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK). Para peserta akan berkayuh melalui beberapa daerah antaranya Klang, Gombak dan Kuala Selangor. 

Sebanyak dua kategori dipertandingkan dalam Shah Alam Enduride 2016 iaitu Road Race dan Road Bike dimana Road Race bagi lelaki junior bawah 19 tahun, lelaki terbuka 20 - 34 tahun dan lelaki senior master 40 tahun keatas. Manakala Road Bike untuk kayuhan santai bagi lelaki junior bawah 19 tahun, lelaki terbuka 20-34 tahun, lelaki master  35-45 tahun dan lelaki senior master berumur 46 tahun keatas.

Program kayuhan ini merupakan penganjuran kali ketiga oleh MBSA  (Majlis Bandaraya Shah Alam) dengan kerjasama Bike Away selepas Kayuhan Santai Shah Alam dan Pertandingan berbasikal Kriterium Shah Alam. Selain daripada peserta tempatan, iannya juga disertai oleh peserta dari luar negara antaranya Indonesia, Singapura, Thailand, United Kingdom, India, Australia, Sepanyol, Sweden, New Zealand, Filipina, Jepun, Brunei dan Jerman. 

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti MBSA, Encik Shahrin Ahmad, program ini secara tidak langsung merupakan platform untuk pihaknya menganjurkan acara berbasikal bertaraf antarabangsa disamping merealisasikan impian Shah Alam sebagai bandar raya sukan.


Sumber : Aubry IG / bikeaway.com / Selangor Kini

Thursday, May 12, 2016

Pengiran Muda 'Abdul Malik Berangkat Ke Majlis Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei




12 May 2016, Khamis :-

Semalam Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei sempena bulan Ramadhan 1437 Hijrah/2016 Masihi yang akan bakal menjelma tidak lama lagi.  YTM juga merupakan Pengerusi Jemaah Tadbir, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB). Majlis diadakan di Dewan Banquet, Jabatan Perdana Menteri.

Dalam titahnya, YTM berharap agar tiada lagi terdapat sebarang sungutan daripada orang ramai berhubung isu pengagihan kurma pada kali ini dan jika iannya berlaku bermakna terdapat kepincangan dalam pengagihan kurma-kurma kurnia peribadi KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei. Pada tahun ini beberapa inisiatif dilaksanakan bagi memastikan pengagihan kurma ini berjalan lancar seperti yang diharapkan.  Diantarnya menyediakan borang serah terima yang perlu ditandatangani oleh penerima dan pihak yang menyerahkan kurma berkenaan. Titah YTM lagi, Penghulu dan Ketua Kampung harus memberi sokongan padu dan kerjasama sepenuhnya dalam urusan pengedaran kurma bagi memastikan hajat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei supaya buah kurma kurniaan baginda menjadi sajian berbuka puasa di negara berkenaan terlaksana.

YTM juga bertitah bahawa ibadat puasa adalah sangat berperanan bagi membentuk ketaqwaan umat Islam kepada pencipta-Nya. Malah Al-Quran telah memperjelaskan bahawa semulia-mulia di kalangan manusia adalah mereka yang paling bertaqwa. YTM juga merakamkan pengahargaan dan ucapan terima kasih kepada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, pegawai-pegawai Daerah, penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Radio dan Televisyen Brunei, Jabatan Penerangan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Pelabuhan-pelabuhan dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta semua yang terlibat dalam mengendalikan pengagihan kurma kurnia ini kerana melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Sumber :- Pelita Brunei / Jabatan Penerangan

Saturday, May 7, 2016

Pengiran Anak Muthee'ah Raayatul Bolqiah


07 May 2016, Sabtu :-

Cuba teka siapakah bayi comel ini ?  Ini adalah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muthee'ah Raayatul Bolqiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik. Pengiran Anak Muthee'ah Raayatul Bolqiah merupkan cucunda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Baginda sendiri telah berkenaan mengurniakan nama tersebut  kepada cucunda baginda.

Bayi comel ini diputerikan pada 02 Mac 2016 bersamaan 22 Jamadilawal 1437H jam 01:09 petang merupakan puteri sulong kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul `Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah.  Pasangan diraja ini berkahwin pada  09 April 2015 bersamaan 19 Jamadilakhir 1436H dimana Istiadat Akad Nikah berlangsung di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Bagawan.


Click gambar untuk imej yang lebih besar.

Sumber : mediapermata IG/ MBS / Pelita Brunei

Wednesday, May 4, 2016

YAM Tengku Puteri Utama Perlis Dato' Seri Diraja Hajah Sharifah Salwa Mangkat

Gambar Almarhumah bersama salah seorang cucundanya bertarikh 23 April 2016 - Sumber facebook Faris Alam Shah.

04 May 2016, Rabu :-

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.

Dukacita dimaklumkan bahawa YAM Tengku Puteri Utama Perlis Dato' Seri Diraja Hajah Sharifah Salwa binti Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalulail telah mangkat lebih kurang jam 11:15 pagi tadi di Wad Diraja Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Almarhumah merupakan kekanda kepada Raja Negeri Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.  Almarhumah diputerikan pada 27 Februari 1942 dan berkahwin dengan kerabat diraja Johor, Almarhum Tunku Sulaiman bin Tunku Abu Bakar pada 20 May 1962 di Istana Negara, Kuala Lumpur.  

Mengikut jadual, Jenazah akan berlepas daripada Hospital Sultanah Bahiyah pada jam 12:15 tengahari dan dijangka tiba dikediaman rasmi Almarhumah di Sri Kesayangan. Penghormatan terakhir bagi rakyaat dijadualkan berlangsung pada jam 01:15 petang hingga 02:30 petang manakala untuk kerabat diraja pada jam 03.30 petang hingga 04:00 petang. Jenazah akan dimandi dan dikafankan sekitar jam 02:30 petang hingga 03:30 petang.

Jenazah dijadualkan berangkat ke Masjid Tuanku Syed Putra pada jam 04:00 petang. Solat jenazah akan diadakan pada jam 04:45 petang dan seterusnya istiadat permakaman di Makam Diraja Arau.

Takziah diucapkan kepada kaum keluarga Almarhumah YAM Tengku Puteri Utama Perlis Dato' Seri Diraja Hajah Sharifah Salwa binti Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalulail diatas kemangkatan ini, semuga kalian bersabar menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah .............



Semuga Rohnya Almarhumah YAM Tengku Puteri Utama Perlis Dato' Seri Diraja Hajah Sharifah Salwa binti Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalulail ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.

Sumber :- P Koala /royalark

Monday, May 2, 2016

Selamat Menyambut Hari Kelahiran Pertama Princess Charlotte


05 May 2016, Selasa :-

Selamat menyambut hari ulang tahun pertama kepada Her Royal Highness Princess Charlotte of Cambridge. Princess Charlotte diputerikan pada 02 May 2015 jam 08:34 pagi  di Hospital St Mary, London.  Puteri kecil seberat 3.71kg ini diberi nama Charlotte Elizebth Diana. Puteri kepada Prince William, Duke of Cambridge dan Catherine, Duchess of Cambridge ini merupakan pewaris tahta Britain ke-4. Princess Charlotte buat pertama kalinya bertemu dengan baginda Queen Elizabeth II sewaktu beliau berusia 3 hari. Princess Charlotte telah di baptiskan pada 05 July 2015 oleh Archbishop of Canterbury di Gereja St. Mary Magdalene.


Sumber :- Wikipedia/The Telegraph

Sunday, May 1, 2016

Yang Amat Mulia Pengiran Jaya Indera Pengiran Haji Mokhtar Puteh bin Pengiran Haji Rajid Meninggal Dunia

01 May 2016, Ahad :-


Yang Amat Mulia Pengiran Jaya Indera Pengiran Haji Mokhtar Puteh bin Pengiran Haji Rajid telah kembali ke rahmatullah semalam 30 April 2016 bersamaan 23 Rejab 1437H di Hospital  Raja Isteri Pengiran Anak Saleha  pada jam 07:40 malam dalam usia 86 tahun. Al-Fatihah ............. Semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.

Yang Amat Mulia Pengiran Jaya Indera Pengiran Haji Mokhtar Puteh bin Pengiran Haji Rajid  merupakan Cheteria 16.  Sebagai Cheteria 16, Allahyarham bertanggungjawab memerhatikan keadaan usaha sesuatu penyelidikan bagi sesuatu perkara yang dianggap boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman negara serta mengadakan penyelidikan dan kajian mengenai masalah yang berkaitan dengannya untuk disembahkan kepada Baginda Sultan sebagai nasihat. 

Allahyarham dilahirkan pada 19 September 1929 mempunyai 16 orng anak, 64 orang cucu dan 27 orang cicit.  Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Kilometer 16, Kampong Telanai hari ini dengan penuh adat istiadat.  Sebelum itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien  dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah telah berkenan mencemar duli menzirahi jenazah Allahyarham dikediamannya di Kampung Telanai.


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota juga berkenan bersama-sama menunaikan Sembahyang Jenazah Berjemaah yang diimamkan oleh Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.


Sebelum dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Pengiran Jaya Indera, Allahyarham telah dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Pengiran Pengawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 

Diantara Bintang Kebesaran dan Pingat Kehormat Negara Brunei Darussalam yang dianugerahkan kepada Allahyarham adalah :-
  1. Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (Dato Laila Utama - D.K) - 1972
  2. Darjah Kerabat Seri Utama Yang Amat Dihormati (Dato Seri Utama - D.K.) -  1970
  3. Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Kedua (Dato Setia - D.S.N.B) - 1968
  4. Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (Dato Paduka - D.P.M.B) - 1968
  5. Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Ketiga (P.N.B) - 1963
  6. Pingat Hassanal Bolkiah Sultan (P.H.B.S) - 1968
  7. Pingat Bakti Laila Ikhlas (P.B.L.I) - 2008 
  8. Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) - 1968
  9. Pingat Kerja Lama (P.K.L) - 1967
Selain daripada itu Allahyarham juga menerima :-

  1. Honorary Officer of The Most Excellent Order of the British Empire (C.V.O) - 1972
  2. Honorary Member of The Royal Victorian Order (M.V.O) - 1992
  3. Pingat Peringatan Jubli Perak – Selangor. - 1987.


Selain itu, Allahyarham juga menerima Anugerah 'Pemimpin Belia Berjasa' semasa Majlis Belia Brunei pada 1 Ogos 2006.



Sumber : MBS/bruneiroyalfamily IG / Pelita Brunei